`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 2, 2018

JANGAN TAKUT UNDI PAKATAN, KATA DR MAHATHIR

PARA pengundi tidak perlu takut untuk mengundi Pakatan Harapan (PH) kerana kerajaan pemerintah tidak dapat berbuat apa-apa kepada mereka, kata Dr Mahathir Mohamad.
“Undi adalah rahsia, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tahu siapa yang anda undi. Jadi jangan takut. Kakitangan kerajaan khususnya, tidak perlu takut.
“Jangan undi BN. Sama ada mereka menang atau kalah, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kepada anda,” kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini.
Beliau berkata pengundi tidak perlu takut dengan khabar angin yang BN akan tahu siapa yang diundi.
Pengerusi PH itu berkata undi adalah rahsia mengikut undang-undang.
“Jika anda mengundi PH, apabila PH menang, kami akan memberi pampasan kepada mereka yang menjadi mangsa kerajaan BN, kedua-dua pihak dalam kerajaan dan sektor swasta.
“Jadi, undi PH untuk mengembalikan kedaulatan undang-undang dan demokrasi,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata kedaulatan undang-undang di Malaysia gagal kerana ia disalahgunakan untuk melindungi kerajaan pada hari itu.
“Undang-undang untuk melindungi rakyat. Apa yang kita lihat di Malaysia undang-undang disalahgunakan, jadi bukannya melindungi undang-undang rakyat digunakan untuk menindas dan menekan rakyat.”
Menggunakan Akta Rahsia Rasmi sebagai contoh, Dr Mahathir berkata undang-undang itu bertujuan melindungi dokumen berkaitan dasar negara tetapi kini digunakan untuk menutup perbuatan jenayah.
“Kita telah melihat bagaimana laporan mengenai 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan akaun bank Perdana Menteri Najib Razak bernilai RM2.6 bilion diisytiharkan sebagai rahsia kerajaan.
Ini adalah mengenai perbuatan jenayah. Undang-undang digunakan secara salah untuk menyembunyikan kemungkinan berlakunya jenayah, jenayah yang perlu disiasat,” kata ahli politik berusia 92 tahun itu.
Beliau berkata undang-undang juga disalahgunakan untuk mengganggu rakyat Malaysia.
“Tiada undang-undang yang memberi kuasa kepada agensi-agensi kerajaan untuk menuntut bayaran tambahan cukai apabila semua pembayaran dibuat. Tetapi pihak berkuasa cukai mengancam untuk melakukan serbuan di premis, merampas buku akaun dan mengambil pasport jika cukai tambahan itu tidak dibayar. Rakyat diugut.
“Cukai tambahan menuntut puluhan atau ratusan juta, sekiranya pembayar cukai enggan membayar dan membuat keputusan ke mahkamah, sehingga mahkamah memutuskan pembayar cukai mesti membayar. Proses undang-undang akan mengambil masa bertahun-tahun.
“Ini adalah keadaan yang dialami rakyat Malaysia hari ini. Undang-undang tidak melindungi mereka. Undang-undang tidak ditegakkan. Malah undang-undang disalahgunakan dan digunakan untuk mengancam dan mengugut rakyat.
“Satu-satunya harapan kita untuk menggulingkan kerajaan BN bergantung kepada pilihan raya akan datang,” kata bekas perdana menteri itu.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.