`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 10, 2018

BERAPA PERUNTUKAN TAMBAHAN KEPADA PERMATA DI BAWAH MANIFESTO BN?

Manifesto Barisan Nasional yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada hari Sabtu lalu memberi gambaran skop penglibatan PERMATA dalam pentadbiran negara diluaskan lagi. Melalui pengumuman-pengumuman yang dibuat di dalam manifesto tersebut, jelas peruntukan peruntukan baru yang lebih besar akan diberikan kepada PERMATA jika Najib kembali berkuasa.
Skop peluasan penglibatan PERMATA itu disebut 3 kali di dalam manifesto penuh setebal 219 muka surat itu, seperti berikut:
i. Muka surat 109 – Menambah pendapatan ibu-ibu tunggal B40 melalui latihan tertentu di bawah Kursus Asuhan PERMATA
ii. Muka surat 137 – Akses pelajar kelainan upaya kepada sistem pendidikan seperti Permata Kurnia akan diperluas ke seluruh negara.
iii. Muka surat 142 – Menyediakan modul khusus untuk intervensi awal keluarga yang mempunyai anak autisme dengan kerjasama pusat PERMATA.
Pengumuman di dalam Manifesto BN itu memberi gambaran skop PERMATA diluaskan untuk kini turut terlibat di dalam program kerajaan untuk ibu-ibu tunggal, sistem pendidikan keluarga dan khidmat keluarga. Kedua-dua fungsi ini kini dikendalikan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Menurut laman web rasmi PERMATA, program-program yang kini berjalan di bawah kendalian PERMATA adalah PERMATA Negara, PERMATApintar, PERMATA Seni, PERMATA Insan dan PERKASA@remaja. Laman itu juga menyatakan beliau kini sedang memulakan program baru bernama PERMATA Kurnia.
(Rujuk http://www.programpermata.my/en/about )
Pengumuman di dalam Manifesto BN menunjukkan peruntukan baru kepada program yang baru dimulakan oleh PERMATA iaitu PERMATA Kurnia dan peruntukan kepada skop baru PERMATA yang melibatkan ibu tunggal yang akan dilatih oleh Pusat Asuhan PERMATA.
Saya suka mengingatkan pengundi-pengundi bahawa peruntukan kepada PERMATA bagi program program sedia ada pun sudah mencecah belanja yang tinggi setiap tahun. Saya sertakan petikan peruntukan bagi tahun 2018 untuk program-program sedia ada yang dikendalikan PERMATA dan jumlah kakitangan yang digaji di bawah program-program PERMATA; seperti terkandung di dalam penyata peruntukan mengikut jabatan yang dibentangkan di Parlimen:
Lampiran 1: Peruntukan untuk “Dasar Baru” sebanyak RM8,190,100
Lampiran 2: Peruntukan “ONE OFF” kepada PERMATA sebanyak RM12.7 juta
Lampiran 3: Jumlah kakitangan yang digaji oleh PERMATA adalah 586 orang dan melibatkan belanja sebanyak RM54.3 juta.
Jumlah yang diperuntukkan kepada program sedia ada PERMATA bagi tahun 2018 adalah RM75.19
juta.
Dengan janji baru Manifesto BN untuk meluaskan skop penglibatan PERMATA untuk turut membabitkan ibu-ibu tunggal di dalam kumpulan B40, ini sudah tentu akan meningkatkan lagi peruntukan kepada PERMATA.
Semakan saya menunjukkan jumlah ibu tunggal di Malaysia setakat 2016 adalah 235,240 orang (rujuk laporan berita http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/02/11/ibu-tunggalberdaftar/ ):
Jika 70% dari ibu-ibu tunggal ini tergolong di dalam kumpulan B40, program PERMATA yang baru itu akan melibatkan sekitar 165,000 orang ibu tunggal. Jika kos yang diperuntukkan kepada PERMATA untuk melatih setiap ibu-ibu tunggal ini di Pusat Asuhan PERMATA adalah RM1,000 setahun, itu akan melibatkan peruntukan tambahan kepada PERMATA sebanyak RM165 juta setahun.
Jika ini dicampurkan dengan peruntukan sedia ada yang diberikan kepada PERMATA, jumlah peruntukan yang bakal diperuntukkan kepada PERMATA di bawah Manifesto BN boleh mencecah RM250 juta setahun.
Saya mahu pengesahan berapa peruntukan yang dianggarkan oleh Dato’ Seri Najib untuk membiayai program-program di bawah PERMATA ini kerana setiap sen yang baru yang diperuntukkan kepada PERMATA, itu menambahkan penglibatan Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjalanan kerajaan melalui PERMATA.
Memandangkan ini satu-satunya program besar yang dijanjikan di dalam Manifesto BN mengenai kebajikan wanita yang terbanyak, rakyat berhak tahu jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada program ini.
Rafizi Ramli
– http://shahbudindotcom.blogspot.co.id/

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA PAK RESKY TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL
    angka;GHOIB: singapura
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum
    angka”GHOIB; laos…
    angka”GHOIB; macau
    angka”GHOIB; sidney
    angka”GHOIB: vietnam
    angka”GHOIB: korea
    angka”GHOIB: brunei
    angka”GHOIB: china
    angka”GHOIB: thailand

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.