`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, April 9, 2018

Najib: Saya angkat Shafie, dia tikam belakang saya



Najib bersama-sama Musa Aman diraikan ribuan warga Semporna di majlis pelancaran pusat pelancongan dan penyerahan geran tanah.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas Datuk Seri Shafie Apdal hari ini, menyifatkan bekas naib presiden Umno itu tidak mengenang jasa dan menikamnya dari belakang apabila meninggalkan Umno.
Di hadapan ribuan di satu majlis di Semporna, Sabah, Najib mendedahkan dia banyak membantu presiden Parti Warisan Sabah itu termasuk mengangkatnya menjadi naib presiden Umno dan menteri supaya dia boleh menyumbang kepada bangsa dan negeri.
“Saya bagi peluang luar biasa kepada Shafie menjadi naib presiden dan melantiknya menjadi menteri kemajuan luar bandar dan wilayah untuk membawa perubahan di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.
“Minta dia bincang dengan ketua menteri tetapi banyak nasihat saya dia tidak dengar. Saya kecewa dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang…pedih rasanya apabila sahabat karib berbuat demikian,” katanya menurut Bernama.
Beliau berucap di majlis pelancaran Pusat Pelancongan Antarabangsa Semporna hari ini. Turut Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, Ketua Penerangan Umno Semporna Datuk Ramlee Marahaban, dan Ketua Umno Semporna Datuk Nasir Sakaran.
Presiden Umno itu juga berpesan tentang nilai kesetiaan, kerana sejarah parti membuktikan kekuatan seseorang pemimpin itu daripada kekuatan parti dan bukan daripada diri sendiri.
Demikian itu, setiap ahli perlu setia kepada parti dan bukan mana-mana peribadi.
“Pemimpin meninggalkan Umno disebabkan cita-cita tidak tercapai dengan mengutamakan kepentingan peribadi. Sepatutnya perjuangan parti diutamakan,” katanya.
Sementara itu, Najib yakin Barisan Nasional dapat mempertahankan Parlimen Semporna pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau meyakini sokongan rakyat Semporna kepada BN walaupun wakil rakyat mereka, iaitu Shafie, meninggalkan Umno.
“Saya terharu dengan sambutan yang cukup hangat pada kunjungan saya hari ini ke Semporna dan terharu kerana rakyat Semporna masih setia kepada BN,” katanya.
Justeru, Najib berkata beliau akan terus memberi perhatian kepada rakyat di Semporna yang setia kepada BN.
Di majlis hari ini, Najib menyerahkan geran tanah adat kepada 1,000 penerima dan mengisytiharkan status Pulau Bum-Bum, yang terletak berdekatan Semporna, sebagai daerah kecil.
Penduduk di Pulau Bum-Bum berharap pengisytiharan pulau itu sebagai daerah kecil dapat merancakkan lagi pelaksanaan fasa pembangunan untuk manfaat rakyat.  FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.