`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 4, 2018

‘PTPTN senarai hitam peminjam untuk bantu, bukan hukum’

Timbalan menteri pendidikan tinggi berkata, tindakan senarai hitam itu bertujuan membantu peminjam memulakan pembayaran balik secara konsisten bagi mengelakkan mereka terbeban di kemudian hari.
KUALA LUMPUR: Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyenarai hitamkan peminjam di Jabatan Imigresen bukan untuk menghukum, menindas atau membebankan mereka, kata timbalan menteri pendidikan tinggi.
Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, tindakan itu bertujuan membantu peminjam memulakan pembayaran balik secara konsisten bagi mengelakkan mereka terbeban di kemudian hari.
“Langkah ini merupakan langkah terakhir PTPTN, setelah notis bayaran balik dan notis peringatan dihantar kepada peminjam.
“Ia hanya akan dikenakan kepada peminjam yang mempuyai tunggakan selama 6 bulan dan ke atas, iaitu selepas tempoh ‘grace period’ 12 bulan dari tamat belajar,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) mengenai prosedur menyenarai hitamkan peminjam gagal membayar pinjaman PTPTN.
Yap berkata, PTPTN turut memberi peluang kepada peminjam untuk berunding bagi mengurangkan bayaran ansuran bulanan melalui penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan mereka.
“Ia sehingga peminjam berumur 60 tahun atau membuat penangguhan bayaran balik sehingga 24 bulan, sekiranya peminjam belum mendapat pekerjaan,” katanya.
Sehingga Februari 2018, 60% peminjam yang disenarai hitamkan tampil membuat rundingan dan membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM1.84 bilion. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.