`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 5, 2018

Surat Terbuka Kepada 1.6 Juta Penjawat Awam : Benarkah Cash Is King Dalam Hidup Sekalian ? Dia Tabur Sedikit Saja Dedak.



Najib umum kenaikan satu gaji tahunan utk 1.6 juta penjawat awam, 1 Julai

kenaikan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion

tambahan satu lagi kenaikan gaji tahunan di samping tahun 2018, katanya 


My comments :  Sungguh jelas ini adalah taktik 'Cash is King' untuk mengabui mata dan hati 1.6 juta penjawat awam yang majoriti besarnya orang Melayu. 

Tuan-Tuan,  apa yang akan berlaku sebenarnya ialah pertama sekali kewangan negara akan menjadi bertambah genting.  Naik gaji "dua kali setahun" ini akan menelan peruntukan sebanyak RM1.46 Billion.  

Di semua tempat, kerajaan sedang potong bajet (Budget cutting) kerana kerajaan tidak cukup dana bagi memenuhi berbagai keperluan rakyat.

Kes tidak ada duit : Hospital sudah kurang ubat dan alat perubatan. Doktor terpaksa mengerjakan tugas dengan ubat-ubatan, peralatan dan bekalan yang jauh lebih kurang dari dahulu. 

Kes tidak ada duit : Universiti sudah tidak cukup dana untuk menjalankan kajian, bekalkan makmal dan wokshop dengan perlatan yang cukup.

Kes tidak ada duit : Perhilitan tidak cukup dana untuk mengisi minyak bagi kereta FWD meronda dalam hutan. Akibatnya pemburu haram dan pembalak haram bermaharajalela dalam hutan, menembak gajah dan menebang pokok gaharu. 

Kes tidak ada duit : Sabsidi baja sudah dipotong bagi kaum tani dan peladang. Hasil padi dan kelapa sawit akan terbantut tanpa baja yang cukup.

Jadi dalam suasana  duka lara, gelap gulita dan gundah gulana seperti ini,  dari mana pula datangnya duit RM1.6 Billion untuk bayar gaji tambahan kepada 1.6 juta Penjawat Awam?  

Jelas bahawa ini adalah taburan dedak. Untuk peringatan tuan-tuan pada hari membuang undi. 

Apakah yang akan berlaku apabila tuan-tuan menerima dua kenaikan gaji?  (Itu pun pada 1hb Julai, sesudah berlaku pilihanraya. Jelas lagi ini adalah dedak, ugutan - kalau saya kalah macam mana saya nak naikkan gaji awak semua?)

Tetapi apakah yang akan berlaku sebenarnya?  

Sudah pasti harga barang akan naik.  Tuan-tuan akan mendapat tambahan gaji berjumlah RM1.6 Billion. Duit RM1.6 Billion ini akan dibelanjakan oleh Tuan-tuan dan akan digunakan untuk membeli berbagai jenis barang dan perkhidmatan. Harga barang dan perkhidmatan itu semua akan naik. Percayalah.  

Harga barang naik maksudnya inflasi. Jadi apa yang Tuan-tuan dapat lebih dalam bentuk kenaikan gaji akan hilang juga menerusi inflasi yang akan menyusul.

Rakyat negara kita yang lain tidak akan mendapat kenaikan gaji dua kali setahun. Yang mendapat durian runtuh ini hanya penjawat awam.  

Jadi demand for goods and services oleh rakyat Malaysia yang bukan penjawat awam tidak akan berubah sangat. Tetapi 1.6 juta Penjawat awam pula akan mendapat RM1.6 Billion duit tambahan, yang akan mengejar goods and services yang terhad (limited).  Demand akan increase atau bertambah. Maka  harga goods and services itu akan naik dengan sendiri.

Tuan-tuan sila bandingkan taburan dedak Bugis dengan janji Pakatan harapan untuk membatalkan cukai GST. 

Membatalkan cukai GST boleh menjimatkan belanja Tuan-tuan jauh lebih banyak daripada kenaikan gaji yang dijanjikan Bugis pada 1 Julai 2018!!


Tuan-tuan sila bandingkan kiraan yang simple ini:

Dalam perniagaan, yang berikut ini boleh dikatakan kelaziman. (Bukan 100% tepat tetapi boleh kata tak jauh lah).

Pengilang / factory mendapat untung 10% (lebih kurang ok)
Pemborong atau wholesaler mendapat untung 15% (lebih kurang)
Peruncit / kedai mendapat untung 30% (lebih kurang) 


1. Kiraan harga jualan barang yang nilai asalnya RM1000 (TANPA GST)

                                        Harga Asal           Tambah % Untung

Kilang                               RM1000               + 10%   =   RM1100

Pemborong                      RM1,100              + 15%   =   RM1265

Peruncit                           RM1265                + 30%   =   RM1644

Harga Runcit                                                                   RM1644


Ikut kiraan yang simple ini, harga jualan bagi barang yang asalnya bernilai RM1000 di kilang  telah bertambah menjadi RM1644. 



Sekarang kita masukkan  6% GST sekali.


2. Kiraan harga jualan barang yang nilai asalnya RM1000  (DITAMBAH 6% GST)


                                        Harga Asal                     + % Untung, 6% GST 

Kilang                               RM1000                       + 10% +6%    =   RM1166

Pemborong                      RM1,100                      + 15% +6%    =   RM1421

Peruncit                            RM1265                       + 30%  +6%   =   RM1928

Harga Runcit                                                                                    RM1928


Maka disebabkan GST 6%, harga jualan barang yang sama itu (dengan kadar keuntungan yang sama diambil oleh kilang, pemborong dan peruncit) telah menjadi RM1928.  

Ikut 'model' ini (three distribution nodes, with 10%, 15% and 30% profit margins respectively) :

  • Tanpa GST harga jualan = RM1644
  • Dengan 6% GST harga jualan = RM1928


Ini adalah penambahan harga sebanyak : 

(RM1928 - RM1644) / RM1644 x 100%  = 17.3 %.


Jadi Tuan-tuan,  apabila Pakatan Harapan menang pilihanraya nanti, PH berjanji akan menghapuskan GST  dalam tempoh 100 hari.


Maka dengan serta merta, kiraan harga barang yang tersebut di atas juga akan turun kepada kiraan asalnya tanpa GST 6%.  


Kiraan harga barang dalam contoh ini sahaja akan menurun sebanyak 17.3%,  daripada  RM1928 (harga GST)  kepada harga asal RM1644 (tanpa GST).


Itu adalah satu penjimatan besar sebanyak  17% yang jauh lebih banyak daripada kenaikan gaji yang Bugis janjikan akan berkuatkuasa mulai 1hb Julai.


Jika Parlimen dibubar pada minggu ini dan pilihanraya diadakan pada awal Mei, Tuan-tuan boleh merasai potongan harga yang agak ketara ini (akibat penghapusan GST oleh PH)  bagi semua barang mungkin sebelum penghujung Julai. 


Tuan-tuan, dia bagi sikit,  tetapi dia ambil lagi banyak.


Kalau Tuan-Tuan dapat gaji RM3,000 sebulan, tak cukup untuk menjaga keluarga di kawasan perbandaran seperti KL dan Lembah Klang. 

Kemungkinan besar semua gaji RM3000 akan dibelanja habis.  
Maksudnya gaji setahun RM36,000 semua akan dibelanja habis.

Kalau belanja duit kena bayar 6%  GST, kecuali bagi sayur, ikan dan bahan makanan mentah.

Untuk contoh saja, 6% GST adalah sebanyak  RM36,000 x 6% =  RM2160.

BR1M dapat berapa pula? 


Tuan-tuan, dia tahu Tuan-Tuan tidak berhenti untuk membuat kiraan secara detail.

Dia bagi sikit,  tetapi dia ambil lagi banyak.


Untuk mengurangkan kos sara hidup kita semua, undilah Pakatan Harapan.

1 comment:

  1. ASS..WR.WB.SAYA PAK RESKY TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
    NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-9177-2208)
    BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
    DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL
    angka;GHOIB: singapura
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum
    angka”GHOIB; laos…
    angka”GHOIB; macau
    angka”GHOIB; sidney
    angka”GHOIB: vietnam
    angka”GHOIB: korea
    angka”GHOIB: brunei
    angka”GHOIB: china
    angka”GHOIB: thailand

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.