`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 20, 2018

Coup de Etat Against Zahid Hamidi.

Poster berikut memberi gambaran paling jelas mengenai keadaan UMNO sekarang :




"Ingatkan undi PAS masuk sorga..  rupanya masuk UMNO.." 

Mesej dalam poster ini mempunyai berbagai tafsiran.

1.  Kedangkalan (janji syurga) yang telah menjadi falsafah politik Pas sekarang disama-tarafkan dengan kerjasama bersama  UMNO.  Janji kerjasama dengan UMNO diharap boleh menjadi umpan busuk yang sama busuknya dengan janji masuk syurga - dengan harapan kaum yang dangkal akan terus tertelan umpan busuk ini. 

Inilah tahap kemunduran intelek atau tahap kecetekan otak yang diharapkan daripada ahli Umno dan Pas. Tabur saja janji bodoh dan ahli yang dhaif pemikiran akan telan saja segala jenis penipuan.

2. Tafsiran kedua ialah Umno mempunyai wang duit. Kaum ostard Pas peniaga besar air liur mempunyai bilangan penyokong di kampong. Jadi duit bergabung dengan peniaga air liur untuk mengabui mata orang yang kurang daya fikiran.  Terima kasih lah  banyak-banyak kepada Dasar Ekonomi Baru dan sistem pendidikan kebangsaan yang menghasilkan manusia yang tidak boleh mula berfikir pun.

The party of the walking morons.

Konspirasi terkini pula ialah satu gerakan dalam UMNO yang di-kepalai oleh beberapa pemimpin UMNO (nama yang saya dengar termasuk Hamzah Zainuddin dan Johari Abdul Ghani) untuk coup de etat membuang Zahid Hamidi sebagai presiden Umno.

Meletak Zahid Hamidi menjadi presiden parti adalah konspirasi yang paling besar sekali. Zahid tidak berupaya pengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dengan 'authority' atau dengan cara berkesan.  Paling ramai ahli Majlis Tertinggi UMNO jauh lebih berkebolehan dan berpengalaman daripada Zahid Hamidi.

Penguasaan Zahid terhadap fahaman politik negara (terutama sekali politik Sabah dan Sarawak)  adalah lemah. Dan jangan haraplah Zahid memahami hal ekonomi, pendidikan, isu kesihatan, pertanian, dasar luar negara, pertahanan atau apa pun. Pendek kata, Zahid amat dangkal. 

Oleh itu Zahid akan kembali  bergantung penuh kepada menunjuk penumbuk, menggunakan hujah agama dan perkauman ultra Melayu.  Maka begitulah Zahid akan menggantungkan dirinya.

Oleh sebab ini juga Tok Pa telah keluar daripada Umno. Juga Anifah Aman di Sabah, Idris Haron di Melaka (??), Shahidan Kassim di Perlis dan semalam hari pula Hishamuddin Hussein Onn telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir selama DUA jam.

Berita terkini yang saya faham adalah SEPULUH Ahli Parlimen Sabah (termasuk UMNO) dan DUA PULUH SATU DUN dari Sabah sedang bersedia menyertai Tun Dr Mahathir. Mereka akan keluar daripada parti masing-masing atau menjadi Bebas. Ada juga "shock wave" yang amat besar dari Sabah. Tunggu sajalah.

Semua pemimpin UMNO yang ada sedikit maruah dan intelek tidak melihat masa depan mereka atau masa depan UMNO yang cerah dibawah pimpinan Zahid Hamidi yang tidak tahu berbahasa Inggeris pun.  

Zahid Hamidi adalah presiden UMNO yang pertama sekali tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dengan fasih.  Inilah 'standard' presiden UMNO.  Kita tidak perlu bercakap bahasa Inggeris. Bahasa Melayu cukup sempurna untuk tujuan politik dan mentadbir kerajaan. Tetapi ke-tidak-upayaan atau tidak tahu bercakap bahasa Inggeris dengan fasih bermaksud kelulusan akademik Zahid tidak meyakinkan - walaupun Zahid kata dia mempunyai kelulusan taraf PhD. Mungkin PhD 'bertaraf' sahaja. 

Saya percaya segala coup de etat yang dirancangkan untuk menumbangkan Zahid Hamidi akan menjadi komedi sahaja. Lebih baik UMNO dibiarkan sahaja menggali kubur sendiri dan menggantungkan tengkok leher sendiri dengan kedunguan Zahid Hamidi, yang juga diketawakan dengan panggilan Zahid Komedi.

Jika Zahid dibuang daripada tampuk buah duku "presiden" mungkin Zahid boleh menjadi bouncer di warong duku.  Andika bungul.   Lebih baik Ahli Parlimen UMNO keluar parti atau menjadi Bebas dan sokong usaha membina semula negara kita mengikut landasan yang moden, progresif dan yang bebas dalam semua hal dan perkara.   


Musuh besar negara kita sekarang adalah kedangkalan. Kedhaifan memikir. Malas untuk memikir. Itulah punca segala penipuan, korupsi, kedangkalan  tok guru kencing berlari ganti dan segala kebodohan yang lain. 





Huwallazi yusolli alaikum wa malaaikatuhu liyuh rijakum minal zulumaati ilan noor wa kaana bil mukmineena raheema -  

Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - serta malaaikah Nya - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita kemunduran  kepada cahaya yang terang-benderang; dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya ke atas orang yang beriman. 

Jadi ahli UMNO perlu keluar daripada kegelapan kemunduran dalam pemikiran mereka dan maju menuju kepada cahaya yang terang dan baik. Percayalah. 

Allahuma Solli Alaikum - semoga Allah melimpahkan karunia Rahmatnya Nya ke atas Tuan-Tuan dan Puan-Puan. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.