`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, March 12, 2026

Umno konsisten penyatuan demi Allah bukan pemimpin, Akmal beritahu Hadi

 Dr Akmal Saleh persoal dakwaan Hadi Awang yang Umno jahil ketika parti itu ingin mengajak penyatuan agama dan bangsa.

 Dr Akmal Saleh berkata kritikan Hadi Awang terhadap Umno sepatutnya dikeluarkan PAS bersama DAP ketika dalam Pakatan Rakyat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mempersoalkan kenyataan Presiden PAS Hadi Awang yang mendakwa parti itu sebagai jahil kerana mengajak penyatuan di bawah kerangka ‘Rumah Bangsa’.

“Kita mengajak penyatuan agama bangsa, kita pula dikatakan jahil

“Tidak mengapalah, kita konsisten teruskan agenda penyatuan demi kerana Allah bukan kerana pemimpin,” katanya di Facebook.

“Alangkah indahnya jika kenyataan ini dikeluarkan ketika PAS bersama DAP di dalam Pakatan Rakyat dahulu.”

Terdahulu, Hadi berkata PAS tidak bersedia menyokong agenda ‘Rumah Bangsa’ anjuran Umno kerana menyifatkan platform tersebut tidak berteraskan Islam.

Menurutnya, kesimpulan sedemikian dibuat susulan pemerhatian wakil yang dihantar pihaknya ke pertemuan parti-parti politik terlibat minggu lepas.

Dalam pertemuan itu, Abdul Hadi mendakwa PAS dapat menyaksikan bahawa Umno sedang dilanda masalah sehingga ramai ahli meninggalkan perjuangan parti terbabit.

“Dapat disaksikan betapa penyakit waswas daripada bisikan syaitan turut mengganggu ahli Umno sendiri, kerana berlawanan dengan perjuangan asal Umno yang meletakkan agama sebahagian daripada dasarnya,” tulis Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Pada 5 Mac lepas, lapan parti politik berteraskan Islam, Melayu dan Bumiputera pertama kali duduk semeja untuk mencari titik persefahaman mengenai isu kepentingan agama dan kaum menerusi pertemuan yang diadakan di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Menurut Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, parti-parti lain yang terlibat terdiri daripada PAS, PKR, Amanah, Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Berjasa, Parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

Dalam pertemuan itu, PAS diwakili Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.