`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, June 27, 2026

Pemimpin Umno nafi BN-PN ada ‘persefahaman’ berhubung kerajaan negeri

 Setiausaha Umno Johor, Abdul Halim Suleiman, berkata parti luar tidak terlibat dengan urusan calon BN, yang turut bersaing dengan calon PN.

Abdul Halim Suleiman Noor Azleen Ambros
Setiausaha Umno Johor, Abdul Halim Suleiman, dan Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, tepis dakwaan mengatakan ada suatu persefahaman antara BN dan PN.
JOHOR BHARU:
Pimpinan Umno menepis dakwaan mengatakan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mempunyai suatu ‘persefahaman’ berhubung kerajaan negeri selepas PRN Johor.

Setiausaha Umno Johor, Abdul Halim Suleiman, berkata parti luar tidak terlibat dengan urusan calon BN, yang turut bersaing dengan calon PN.

Beliau juga menyifatkan dakwaan ‘persefahaman’ itu mainan persepsi untuk meraih sokongan pengundi.

“Sebenarnya tiada sebarang perundingan langsung dengan PN. Calon-calon kita tanding solo. Tak ada campur tangan mana-mana parti luar BN. Kalau tengok PN mereka bertanding atas kapasiti gabungan mereka sendiri,” katanya kepada FMT.

Halim mengulas kenyataan seorang bekas Adun DAP yang menggesa pengundi keluar mengundi bagi menghalang BN dan PN membentuk kerajaan negeri.

Chew Chong Sin mendakwa wujud ‘persefahaman tidak rasmi’ antara dua gabungan itu, berdasarkan keputusan PN meletakkan 33 calon.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi. BN dan PH bertembung di semua kerusi.

Sebelum ini, Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, menegaskan tidak akan membentuk kerajaan dengan mana-mana gabungan jika diberi mandat.

“Apa juga yang dikatakan pemimpin DAP itu satu usaha mengalihkan isu-isu dalaman yang dihadapi DAP-PH sendiri termasuk dalam soal pemilihan calon,” kata Halim.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai ketandusan modal untuk berkempen.

“Mereka sampai terpaksa mereka-reka benda yang tak wujud untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.