`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, August 21, 2026

Kaedah alternatif kepada aktivisme mahasiswa mengubah universiti

 Saya kira kesilapan besar mahasiswa Malaysia adalah mereka fikir umur mereka yang muda tidak perlukan apa-apa nasihat dari kami orang tua.

tajuddin rasdi

Dalam artikel ini saya ingin mencadangkan kaedah alternatif kepada mahasiswa yang ghairah nak ubah budaya universiti kepada suasana yang lebih bebas bersuara dan berkongsi pendapat. Adapun, kaedah yang digunakan pelajar masa kini adalah bersifat desakan, penghinaan dan ugutan melalui demonstrasi populis serta menularkan isu tanpa konteks dan fakta berkeyakinan. Sesungguhnya kaedah ini ada sedikit persamaan dengan cara aktivisme zaman Anwar Ibrahim belajar di Universiti Malaya pada 1970-an.

Bagi saya, kaedah sebegitu tidak menggambarkan profesionalisme yang baik serta tidak mendidik kepada adab serta budaya komunikasi yang efektif atau pun yang boleh membuahkan hasil yang dikehendaki. Cara yang akan saya gariskan di sini adalah yang lebih profesional, yang lebih beradab dan yang lebih ‘impactful’ untuk membuahkan hasil yang dikehendaki.

Pertama, mahasiswa perlu membuat kajian yang teliti tentang isu yang dibangkitkan contohnya tentang budaya kampus atau universiti yang perlu diubah. Dalam kajian ini, carilah data empirikal, bukannya sedutan media atau sedutan komentar tak bernama atau podcast yang tak ada haluan struktur membina permasalahan.

Di universiti, saya dan ahli akademik lain mengajar tentang problem solving dan sebelum problem itu diselesaikan, kena ada problem statement sebenar yang disebut jelas serta berkontekskan isu semasa. Setelah problem statement di huraikan serta data sokongan dibentangkan, kertas kerja itu boleh lah disampaikan kepada Kementerian Pengajian Tinggi melalui ‘cover letter’. Surat ini penting sebab ia akan menggambarkan profesionalisme dan adab kita. Perlu ada ayat seperti ‘kami mohon pertimbangan YB Menteri untuk mengadakan mesyuarat tertutup bersama’… macam itu bunyinya. Jangan beri kenyataan lantang di media sosial atau online ‘kami tuntut Menteri jumpa kami’. Kalau saya menteri, saya tak layan permintaan yang berbentuk desakan tanpa profesionalisme dan tanpa adab budaya Islam dan Melayu.

Semasa bermesyuarat dengan pihak menteri, perlu mempunyai etika mesyuarat iaitu membentangkan isu dengan tertib serta jelas dan menjawab semua soalan dengan tepat dan kemas tanpa menunjukkan apa-apa emosi. Ini cara profesional, bukan cara pasar malam atau ceramah politik. Kemudian, dalam mesyuarat perlu ada hasil dapatan yang dimeterai bersama dengan pihak menteri dan mahasiswa dalam ekspresi kenyataan yang dipersetujui bersama. Tidak boleh sekali-kali merakamkan mesyuarat dalam bentuk rakaman digital dan tidak boleh sama sekali menyatakan apa-apa perbincangan dalam mesyuarat yang tertutup kepada khalayak ramai. Ini adalah ‘confidentiality of meetings’. Yang boleh disuarakan di luar meeting adalah kefahaman dan persetujuan atau ketidakpersetujuan masing-masing yang tertera dalam pernyataan dapatan mesyuarat.

Apabila mahasiswa keluar dari pejabat menteri, mahasiswa hanya boleh mengeluarkan kenyataan dalam bentuk yang telah dipersetujui sahaja. Adapun interpretasi dari kenyataan tertulis dan dipersetujui itu adalah interpretasi peribadi. Kedua-dua fakta dan interpretasi must be very clear. Media boleh melaporkan apa yang difahami bersama atau diputuskan bersama dan apa yang menjadi interpretasi atau reaksi peribadi tentang keputusan tersebut.

Mahasiswa tidak elok kalau memberi kenyataan media berbentuk ugutan, penyesalan atau tohmahan kerana ini akan melemahkan position mereka. Kalau mahasiswa masih tidak puas dengan mesyuarat tersebut, mereka boleh meminta mesyuarat tertutup dengan perdana menteri sendiri untuk membawa dapatan mesyuarat tempoh hari. Ini lah protokal profesional dan beradab.

Jika mahasiswa membuat demonstrasi dengan cara mengugut ahli politik seperti menteri dan perdana menteri melalui kenyataan kesat, penghinaan dan menyanyikan slogan yang memalukan peribadi dan status pemimpin negara, maka terdapat implikasi yang boleh ditafsirkan. Dalam dunia perniagaan, industri dan organisasi apa pun, apabila mereka melihat mahasiswa muda yang bertindak sedemikian maka tiada sesiapa yang akan menawarkan pekerjaan atau kerjaya kepada mereka ini. Semua organisasi akan melihat mahasiswa yang tidak tahu atau tidak endahkan apsek profesionalisme, adab berbicara serta protokol perbincangan atau mesyuarat, maka mereka tidak boleh memberi keyakinan kepada masa depan profesyen mahasiswa ini.

Demonstrasi, berteriak slogan dan membakar gambar perdana menteri adalah suatu metodologi perubahan yang lapuk dan bagi saya membakar diri sendiri. Mahasiswa yang tidak menghormati orang tua, orang yang ada pelajaran tinggi dan seorang pemimpin politik yang veteran do not deserve to be seen or to be heard. Saya tidak berkompromi dalam isu ini. Kalau you do not have the decency and respect to treat me in dignity and confidentiality, I will not have anything to do with you!

Politik dan business memerlukan perbincangan dan tolak ansur. Tanpa perbincangan yang professional dan beradab, tolak ansur tidak akan berlaku. Ugutan, cemuhan dan desakan dengan cara yang tidak beradab tidak akan membuahkan hasil apa-apa kecuali populisme dan tertutupnya kerjaya masa depan. Kalau mahasiswa tidak tahu cara dan kaedah untuk berpolitik kepada perubahan, perlulah mereka bertanyakan orang lain yang di dalam kepimpinan tertinggi kerajaan atau akademia yang boleh memberi cadangan cara yang lebih baik.

Saya kira kesilapan besar mahasiswa Malaysia adalah mereka fikir umur mereka yang muda tidak perlukan apa-apa nasihat dari kami orang tua yang tak tahu masalah mereka. Mahasiswa perlu muhasabah tentang position sebegini kerana orang tua lah yang ada di mana-mana top management. Politik perubahan perlu strategi, networking dan negotiation, bukan desakan, bukan ugutan dan bukan penghinaan. Kalau ini lah cara nak mengubah universiti, lebih baik keluar dari universiti dan jadi lah ahli dalam parti politik yang suka buat kerja dan kenyataan populis untuk menarik perhatian semata-mata.

The work of change requires dedication, diplomacy and professionalism. Perubahan boleh juga berlaku dengan ugutan, peperangan dan paksaan tetapi itu bukan orang yang seperti saya ajar di universiti.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.