Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh kata isu pengangkutan antara faktor utama di sebalik masalah kehadiran ke sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata 437 pelajar di enam sekolah akan dibantu melalui kemudahan pengangkutan ke sekolah, sebagai permulaan.
Inisiatif itu dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak industri menerusi Persatuan Pengusaha Bas Mini Labuan.
Kerjasama berkenaan bertujuan memastikan masalah pengangkutan tidak terus menjadi penghalang kepada pelajar untuk hadir ke sekolah.
“Ada anak yang mahu ke sekolah. Yang menghalang bukan cita-cita tetapi perjalanan untuk sampai ke tempat mereka membina masa depan.
“Masa depan mereka tidak sepatutnya tersekat hanya kerana sukar untuk sampai ke sekolah,” katanya di Facebook. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.