`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Monday, September 7, 2026

MOVE gesa kerajaan jelaskan status vape nikotin

 Persatuan industri berkata pertindihan antara Akta Racun dan Akta 852 perlu diselesaikan segera susulan keputusan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

vape
MOVE turut cadang peruncit berdaftar dan mematuhi peraturan dibenarkan menjadi antara benteng untuk menghalang penjualan vape kepada golongan bawah umur melalui pemeriksaan identiti serta prosedur operasi standard lebih ketat.
PETALING JAYA:
Kerajaan digesa segera menjelaskan status undang-undang vape bernikotin susulan tindakannya menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membatalkan pengecualian nikotin cecair daripada Senarai Racun.

Presiden Malaysian Organization of Vape Entity (MOVE) Samsul K Arrifin berkata keadaan itu menimbulkan ketidakpastian mengenai bagaimana Akta Racun 1952 dan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) perlu dilaksanakan secara serentak.

Beliau berkata kerajaan perlu menyelesaikan segera pertindihan antara kedua-dua undang-undang itu bagi mengelakkan industri dan pengguna terus berada dalam keadaan tidak menentu.

MOVE, yang mendakwa mewakili lebih 55,000 ahli, berpandangan keputusan kerajaan tidak meneruskan rayuan menyebabkan nikotin cecair kembali tertakluk kepada Senarai Racun, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kedudukan undang-undang produk vape bernikotin.

“Kami menggesa kerajaan dan Kementerian Kesihatan memberikan penjelasan segera dan menyelesaikan percanggahan perundangan antara Akta 852 dan Akta Racun,” katanya dalam kenyataan.

Samsul berkata kerajaan sepatutnya memilih pendekatan kawal selia yang ketat berbanding larangan menyeluruh, termasuk menetapkan piawaian keselamatan produk, kebolehkesanan serta kawalan umur di bawah Akta 852.

MOVE turut mencadangkan peruncit berdaftar dan mematuhi peraturan dibenarkan menjadi antara benteng untuk menghalang penjualan vape kepada golongan bawah umur melalui pemeriksaan identiti dan prosedur operasi standard lebih ketat.

Persatuan itu mendakwa sekiranya produk vape bernikotin dianggap tidak sah di bawah Akta Racun, peruncit sah boleh tersingkir daripada pasaran dan permintaan pengguna berisiko beralih kepada penjual tidak berlesen.

Menurut MOVE, penjual dalam pasaran gelap mungkin tidak melakukan pemeriksaan umur, manakala ketiadaan piawaian pengeluaran dan ketelusan bahan kandungan pula boleh meningkatkan risiko pengguna mendapat produk yang tidak selamat.

Ia juga berkata kerajaan boleh kehilangan keupayaan menguatkuasakan piawaian dan memungut hasil cukai, selain berdepan beban penguatkuasaan lebih tinggi.

Pada Mei lalu, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan menteri kesihatan ketika itu, Dr Zaliha Mustafa, pada 2023 untuk mengecualikan nikotin cecair dan gel yang digunakan dalam rokok elektronik serta vape daripada Senarai Racun.

Mahkamah dilaporkan memutuskan keputusan itu tidak rasional dan dibuat tanpa rundingan sewajarnya dengan Lembaga Racun.

Kerajaan kemudian menarik balik keseluruhan rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.