`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 15, 2017

Guru besar tadika didakwa ikat, sumbat mulut kanak-kanak nakal

Seorang ibu mendakwa beliau hanya mendapat tahu kejadian itu apabila anak perempuannya melakukan perkara sama kepada adik lelakinya di rumah.
Teng-Aai-HongKUALA LUMPUR: Seorang ibu mendakwa anaknya berusia 5 tahun diikat dan mulutnya disumbat guru besar tadika kerana terlalu bising.
Teng Aai Hong, 36, berkata beliau mendapat tahu perkara itu secara kebetulan.
Pada 4 November lalu, Teng mendapati anak perempuannya mengikat dan menyumbat mulut anak lelakinya berusia 2 tahun dengan sapu tangan di rumah mereka.
“Saya memarahinya dan bertanya mengapa dia berbuat demikian. Dia beritahu itulah yang dilakukan gurunya apabila dia nakal,” katanya dipetik The Star pada sidang akhbar di Wisma MCA, semalam.
Teng berkata, beliau bersemuka dengan guru besar tadika di Setapak itu beberapa hari kemudian.
“Dia (guru besar) mengaku mengikat anak saya, tetapi mendakwa dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana itu caranya untuk mendisiplinkan murid. Malah, dia menunjukkan caranya dengan mengikut seorang murid.”
Teng mendakwa anak lelakinya mungkin lemas jika beliau tidak menghalang anak perempuannya pada 4 November lalu, semuanya akibat contoh ditunjukkan guru besar itu.
Menurut laporan itu, Teng tidak lagi menghantar anaknya ke tadika itu dan sudah membuat laporan polis.
Polis sedang menyiasat kes itu.
The Star memetik Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong sebagai berkata, guru besar itu sepatutnya lebih tahu kaedah lebih baik untuk mendisiplinkan kanak-kanak kerana keselamatan mereka lebih penting. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.