`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Thursday, November 30, 2017

Laporan RCI tidak boleh dipercayai, kata peguam Dr M

Menyifatkan pembentangan laporan di hari terakhir Dewan Rakyat sebagai 'memalukan', Mohamed Haniff Khatri Abdullah berkata bahan yang dirujuk dalam prosiding RCI tidak memenuhi aras kepercayaan di sisi undang-undang.
Mohamed-Haniff-Khatri-Abdulla-RCI-report-not-credible-1fPETALING JAYA: Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembentangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang kerugian urus niaga mata wang asing di hari terakhir sidang Dewan Rakyat sebagai “memalukan”.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyifatkan kerajaan melakukan “serangan hendap” kerana tiada notis diberikan kepada orang awam, tidak seperti keriuhan apabila penubuhan RCI diumumkan pada Julai.
Beliau berkata salinan laporan itu tidak diserahkan kepada anak guamnya, walaupun Dr Mahathir dikenalpasti sebagai pihak berkepentingan oleh RCI itu.
“Sama sekali tiada perasaan hormat atau budi bahasa, seperti yang boleh dijangka daripada kerajaan (Perdana Menteri) Najib Razak,” katanya dalam kenyataan.
Haniff hairan laporan itu ada membuat rujukan kepada dakwaan pecah amanah, sedangkan hakikatnya sifat bahan yang dirujuk oleh RCI itu tidak memenuhi dan tidak mencukupi untuk membuat kesimpulan itu.
Beliau berkata pasukan undang-undangnya akan mengulas penemuan itu secara menyeluruh selepas ia dikaji dengan teliti dan dibincangkan dengan Dr Mahathir.
Haniff berkata sifat bahan yang dirujuk dalam prosiding RCI itu berdasarkan khabar angin, dugaan, andaian dan anggapan yang tidak memenuhi aras kepercayaan yang boleh diterima di sisi undang-undang.
“Apa lagi apabila prosiding RCI dijalankan dengan menggunakan ‘undang-undang hutan’ dan ‘peraturan sarkas’, tidak akan mengejutkan jika penemuan itu tidak memenuhi tahap ‘produk pra-tadika’,” katanya.
RCI bersidang selama 8 hari dari 21 Ogos dan selesai pada 19 September selepas memanggil 25 saksi.
Empat puluh dua dokumen diserahkan di prosiding itu.
Antara saksi yang dipanggil adalah Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.
Laporan 400 halaman itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober. -FMT

4 comments:

  1. Apa punya peguam..
    Cuba nk kelirukan rakyat..
    Ingat rci something yg simple mcm soal siasat budak tadika ke..
    Byk benda diambil kira utk capai sesuatu keputusan dan bukan seorang buat keptusan..
    Apa pulak siasatan atas dasar dengar ckp..
    Skrg dah confirm ada aktiviti forex trading dan di confirm oleh beberapa org termasuk bekas gabenor bank negara..
    Ini bukan lagi ckp2 kosong.. kerugian bank negara itu.. sah berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada MBAH BUDI HARTONO,atas bantuannya saya yang dulunya cuma seorang tukan becak yang pendapatannya tidak seberapa,buat biaya anak sekolah aja susah,apalagi untuk mencukupi kebutuhan hidup keluarga saya,suatu hari saya tidak sengaja mendengar pembicaraan teman saya mengenai angka togel ghaib dari MBAH BUDI HARTONO,akhirnya saya bertanya dan teman saya memberikan nomor hp MBAH BUDI HARTONO,dan saya pun menghubunginya,berkat bantuan MBAH yang telah memberikan angka ghaib hasil ritualnya yaitu 4d putaran SGP,dan alhamdulillah berhasil,kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,dan sekarang saya juga sudah buka usaha sendiri,saya sangat bersyukur melihat anak saya sudah bisa lanjut sekolah,itu semua atas bantuan MBAH BUDI HARTONO,bagi anda yang penggemar togel mau menang seperti saya silahkan hubungi 085-256-077-899 atau KLIK DISINI

      Delete
  2. Saya sangat berterimakasih banyak kepada aki wono atas bantuan dana ghaibnya dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisa mendapatkan uang sebesar 970 juta,berkat bantuan aki saya bisa melanjutkan bisnisku lagi dan saya tidak pernah menyanka kalau ini benar benar nyata karna sudah banyak paranormal yang sudah saya hubungi dan saya datangi,itu tidak pernah membawakan hasil bahkan uang saya habis dibawa lari sama mereka dan cuma aki wono saja yang membawakan hasil kalau anda mau di bantu silahkan hbg aki wono di nmr 085-320-535-559...aki wono juga bisa mengeluarkan angka togel yg di jamin 100% tembus seperti 4d 5d 6d angka dari aki betul-betul tembus karna sya udah buktikan terimakasih

    ReplyDelete
  3. TMK - Ada logik yg dicakap oleh peguam tu, timing RCI released report tu, last day of parliament then persidangan UMNO, semua tu nak jadi peluru untuk PRU14.

    Kalau BN kalah bersedia lah RCI Seng an issue 1MDB, Felda, MARA, investment dari China -

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.