`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 21, 2017

HARGA RON95 MUNGKIN CECAH RM2.50 SELITER

KUALA LUMPUR – Harga RON95 diramal boleh mencecah RM2.50 seliter dalam masa beberapa minggu lagi.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, perkara itu tidak mustahil sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$64 setong.
“Harga pada hari ini ialah AS$62.16 setong dan bulan ini, minyak mentah pernah mencecah AS$64 setong. Sekiranya harga minyak mentah dunia menurun tetapi ringgit masih tidak mengukuh, ia masih lagi akan hasilkan harga RON95 pada RM2.50 seliter.
“Ini bermakna, prospek harga RON95 semahal RM2.50 seliter bukanlah main-main dan boleh berlaku minggu depan,” katanya dalam sidang media, di Parlimen hari ini.
Semalam, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga minyak mentah dunia sekiranya harga runcit produk RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.
Minggu lalu, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 meningkat tujuh sen, menjadikannya RM2.38 seliter.
Kenaikan itu adalah yang tertinggi sejak mekanisme penetapan harga mingguan diperkenalkan.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan sepatutnya membatalkan syarat harga RON95 mesti melebihi RM2.50 seliter untuk tiga bulan berturut-turut.
“Walaupun kerajaan seolah-olah sedia memberikan kembali subsidi, helahnya besar kemungkinan ia tidak akan berlaku. Ini kerana untuk mengekalkan harga minyak melebihi AS$64 setong secara berterusan selama tiga bulan, satu krisis dunia yang besar telah pun berlaku.
“Malah, walaupun harga minyak mentah kekal melebihi AS$64 setong selama tiga bulan berturut-turut, kerajaan telah mengutip RM4.2 bilion sejak 1 Januari 2017 sebelum memulangkan sedikit dalam bentuk subsidi,” katanya.
– Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.