`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 14, 2017

Jamal berkhemah 3 malam desak bina rumah mampu milik di Semenyih

Jamal Yunos mendakwa sehingga kini tidak kelihatan walaupun 1 unit Rumah Selangorku di Semenyih, sebaliknya pelbagai projek perumahan mewah siap dibina sejak 2008.
VIDEO INSIDE
jamal-berkain-pelikatSEMENYIH: Datuk Seri Jamal Yunos yang tidak pernah ketandusan idea hari ini tampil mendirikan khemah di luar tapak projek pembangunan Eco Majestic di sini sebagai bantahan terhadap kerajaan negeri yang didakwa menipu rakyat menerusi skim Rumah Selangorku.
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu menuntut kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali menunaikan janji sejak 2008 untuk membina rumah mampu milik di bawah skim Rumah Selangorku di Semenyih.
Beliau berkata, kerajaan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyatakan projek Rumah Selangorku di Semenyih sudah siap dan dalam proses penyerahan kunci kepada pemilik.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tidak kelihatan walaupun 1 unit Rumah Selangorku di Semenyih, sebaliknya yang jelas ialah pelbagai projek perumahan mewah yang siap dibina sejak 2008.
“Saya akan berkhemah di sini selama 3 hari 3 malam…Kita nak beritahu kepada rakyat negeri Selangor sekarang ini dah kena kencing (tipu).
“Dia (Datuk Seri Azmin Ali) kata nak bagi Rumah Selangorku…Exconya pun sama, Datuk Iskandar (Samad).
“Dua penggal memerintah negeri Selangor, mana dia Rumah Selangorku?” katanya kepada wartawan sambil berkain pelekat dan berlatar belakangkan sebuah khemah.
Ketua gerakan Baju Merah itu berkata, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat sekumpulan exco Selangor yang didakwa mendapat beberapa unit rumah mewah di Eco World, Semenyih.
“Kita akan bawa perkara ini kepada SPRM dalam masa terdekat. Sementara itu, kita akan kumpul dulu segala maklumat dan bukti-bukti untuk disertakan kepada SPRM.”
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Eco World, Datuk S Rajoo menyangkal dakwaan Jamal dengan berkata, sebanyak 12,862 unit rumah yang diluluskan kerajaan negeri akan dibina Eco World.
Katanya, 50% daripada jumlah itu yang bersamaan 6,431 unit terdiri daripada rumah mampu milik berharga RM42,000 hingga RM220,000 di bawah skim Rumah Selangorku.
Beliau berkata, pihaknya mengalu-alukan mana-mana pihak, termasuk Jamal untuk menyiasat Eco World berhubung projek perumahan yang dibina syarikat itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.