`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 13, 2017

Komunis China bukan ancaman, kata Zahid

Ideologi komunis tidak beri kesan kepada hubungan 2 hala.
DEWAN RAKYAT
zahid-chinaKUALA LUMPUR: Putrajaya tidak menganggap komunis yang menjadi ideologi politik pentadbiran China sebagai satu ancaman kepada negara, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri dalam negeri itu berkata ideologi komunis oleh Beijing terhad kepada sistem politik negara itu sahaja dan tiada kena mengena dalam hubungan dua hala dengan negara lain termasuk Malaysia.
“Sehingga kini, Malaysia dan China mempunyai hubungan yang cukup erat di mana China merupakan antara rakan dagang yang penting terbesar bagi Malaysia.
“Kerajaan tidak menganggap ideologi komunis yang diamalkan RCC sebagai satu ancaman kepada negara,” katanya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurutnya, sejak gencatan senjata secara rasmi diumumkan Parti Komunis Malaya pada 2 Disember 1989, tiada tangkapan dibuat pihak berkuasa berkaitan fahaman komunis. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.