`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 5, 2017

Najib berjanji BN menang, Cina senang

Pengerusi BN itu berkata, MCA perlu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen supaya masyarakat Cina mempunyai lebih ramai wakil dalam kerajaan.
najib-cina-bn
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berjanji akan memberi kesenangan dan kelebihan kepada masyarakat Cina, jika parti itu dapat meraih kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Perdana menteri berkata, untuk mendapat lebih banyak bantuan daripada kerajaan, MCA perlu memainkan peranan untuk meraih sokongan pengundi Cina bagi membantu BN mencapai kemenangan lebih besar.
“Sebab itulah kalau masyarakat Cina nak lebih lagi, tolong sokong BN lebih. Sekarang MCA ada 7 ahli Parlimen sahaja, kalau 15 ahli Parlimen lebih kuat.
“Dalam kerajaan kita tanya pada suara kaum Cina, apa mereka mahu, wakil Cina yang kuat atau lemah? Pilihan di tangan anda. Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung MCA di ibu pejabat parti itu hari ini.
Najib berkata, beliau tetap memperuntukkan 3 jawatan Kabinet kepada MCA, walaupun parti itu hanya menyumbang 7 kerusi Parlimen pada PRU13.
“Saya perlu timbang kerusi tambahan MCA dalam Kabinet. Kalau 7 kerusi tak boleh ada 3 menteri, mungkin hanya 1 menteri. Tapi kita buat kerana nak tunjuk kita dengar suara komuniti Cina.
“Tapi tolong sokong, tak boleh kamu nak semua, tapi undi tak bagi, mana masuk akal? Kemudian merungut asyik bagi pada orang Melayu dan orang lain, orang lain sokong kita.”
Beliau berkata, perniagaan dan kemewahan hidup dinikmati kaum Cina kesan “payung” kerajaan BN yang mentadbir negara ini sejak 60 tahun lalu.
“Beritahu komuniti Cina, benar memang kamu bijak buat duit, kamu bijak dalam semua hal, tapi jangan lupa kalau tiada kestabilan politik dan keamanan, kamu ingat boleh buat duit?
“Kamu rasa kamu bijak, benar…tapi kamu memerlukan payung kestabilan, BN yang memberikan payung kestabilan itu.”
Katanya, peluang yang diberikan kerajaan pimpinannya membolehkan komuniti Cina di negara ini berjaya dalam perniagaan mereka.
“Kerana apa? Kerana kerajaan BN kami berikan peluang…projek MRT segalanya siapa dapat? Kamu dapat bahagian yang adil. Melayu pun tidak dapat semua. Kita kena berkongsi bersama-sama.”
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, jasa MCA dan BN yang menyebabkan beberapa pemimpin pembangkang boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“(Timbalan Presiden MCA) Datuk Seri Wee Ka Siong beritahu saya, dalam Utar dan TAR UC ada 50,000 pelajar.
“Dalam sejarah mereka mempunyai 210,000 pelajar telah jadi orang berkelulusan kerana jasa MCA dan kerajaan BN,” katanya merujuk institusi pendidikan milik MCA iaitu Universiti Tunku Abdul Rahman dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman.
“Termasuk (ahli Parlimen Seputeh) Teresa Kok, Ahli Parlimen Rasah (Teo Kok Seong), ramai lagi orang pembangkang yang jadi pandai dan ada kelulusan kerana MCA dan BN,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.