`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 2, 2017

Piala Malaysia: Mukhriz dakwa Umno ‘bedak’ tiket bola elak MB kena ‘boo’

Bekas menteri besar itu mendakwa Pemuda Umno mahu pastikan hanya orang mereka sahaja di stadium pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
mukhriz-tiket
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa tiket perlawanan akhir bola sepak liga Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar, habis selepas 1 jam kerana Pemuda Umno mengagihkan tiket kepada ahli demi menjaga air muka Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Timbalan presiden PPBM itu berkata Pemuda Umno Kedah mahu mengelakkan kejadian Ahmad Bashah disorak penyokong bola sepak negeri buat berulang pada perlawanan yang bakal menemukan Helang Merah dengan jaguh selatan, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Mereka mahu pastikan orang-orang dia saja datang ke stadum,” kata bekas menteri besar Kedah itu kepada pemberita selepas program Sembang Santai di Wangsa Maju hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas rasa tidak puas hati penyokong pasukan Kedah apabila tiket habis dijual selepas 1 jam kaunter dibuka, menyebabkan ratusan penyokong Helang Merah berhimpun di pejabat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi menyatakan rasa kecewa.
Kedah dan JDT akan membuat perhitungan bagi menentukan negeri yang akan menjulang piala berprestij itu di Stadium Shah Alam, Selangor 4 November ini.
Mac lalu, rakaman video di mukhrizmahathirfc.com memaparkan Ahmad Bashah di ‘boo’ penyokong bola sepak pada perlawanan Liga Super antara Kedah dan Kelantan di stadium sendiri.
Teriakan para penyokong di perlawanan yang dikatakan dihadiri 17,000 orang itu kedengaran pada minit 2.13 hingga 2.31.
Mukhriz berkata beliau sama sekali tidak boleh mengarahkan penyokong bola sepak Kedah untuk tidak menyorak Ahmad Bashah pada perlawanan akhir itu nanti.
“Saya tak boleh jamin itu tak akan berlaku. Jangan kata itu arahan saya. Saya tak boleh nak mengarah penyokong. Kalau nak terjadi, terjadilah dan dia kena tanggunglah.”
“Tapi ini bukan caranya, sekat orang tengok bola,” kata Mukhriz.
Beliau sempat mempersoalkan sistem penjualan tiket bola sedia ada, dan ke mana baki tiket yang tidak dijual melalui kaunter.
“Daripada 30,000 tiket (dari Persatuan Bola Sepak Malaysia), yang dijual (melalui kaunter) lebih kurang 10,000 tiket…kemudian umum maklumat tidak sampai kepada penyokong yang ingat ada 30,000 tiket tapi hanya lebih kurang 10,000 sahaja.
“Jadi, mana pergi 20,000 ribu lagi?” soal Mukhriz. “Saya tak fahamlah kenapa masalah ini tak boleh selesai juga.”
“Dia beri tiket itu kepada kumpulan penyokong dan katanya ada senarai NGO itulah, pertubuhan inilah…Benda ini selalu berlaku dan saya tak tahu macam mana dia orang boleh biarkan. Daripada maklumat yang saya dapat Pemuda Umno Kedah sendiri yang ‘dok bedak’ tiket,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.