`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 16, 2017

Sabah Air: Jet G200 milik kami, bukan pegawai kerajaan negeri

Sabah Air Aviation Sdn Bhd kesal aset mereka dipolitikkan, dan semua pihak boleh menyewa jet mereka.
Gulfstream-sabah-air
KOTA KINABALU: Jet Gulfstream G200 yang mengikut khabar angin milik seorang pegawai tinggi kerajaan Sabah sebenarnya milik Sabah Air Aviation Sdn Bhd dan dikendalikan syarikat itu.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata jet tersebut digunakan sebagai pesawat sewa komersial dan boleh digunakan bila-bila masa oleh orang ramai, individu, sektor korporat atau mana-mana entiti kerajaan.
Syarikat itu kesal sesetengah pihak secara sengaja atau tidak senjaga terlepas kenyataan yang dikeluarkan bulan lalu mengenai pesawat itu dan sebaliknya secara tidak langsung menyebut aktiviti meragukan oleh kerajaan negeri.
Selain pesawat G200, Sabah Air turut memiliki dan mengendalikan pesawat Nomad dan KingAir 200, yang juga disewakan untuk tujuan perdagangan, medevac dan tinjauan udara.
“Sabah Air dalam proses menceburi ambulans udara VIP dan carter eksekutif dengan sebuah syarikat Singapura. Kami mahu menyewa atau membeli pesawat Lear Jet 60 yang akan ditempatkan di pangkalan Subang,” kata syarikat itu.
Sabah Air turut mengendalikan 12 helikopter untuk carter perdagangan, membawa penumpang untuk industri minyak dan gas luar pesisir, perkhidmatan doktor terbang, medevac, tinjauan udara dan pelancongan udara.
Sabah Air diperbadankan pada 1975 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad milik kerajaan Sabah sepenuhnya, bawah Kementerian Kewangan.
Pada sidang media Selasa lepas, Ketua Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan) Mohd Azis Jamman mencabar kerajaan negeri berterus terang mengenai pemilikan sebenar pesawat G200 itu.
Azis berkata beliau mendapat tahu kewujudan jet itu melalui catatan Facebook seorang pengguna bernama Azizul Hj Tandek, yang berkat seorang pegawai tinggi kerajaan negeri dilihat menaiki pesawat itu berulang kali di hangar Kota Kinabalu.
Ditanya sama ada pesawat itu milik Sabah Air seperti yang dikatakan sebelum ini, Azis berkata pemeriksaan oleh Warisan mendapati pesawat itu didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat sendirian berhad yang berpangkalan di Birmingham, United Kingdom.
Beliau berkata sumber di lapangan terbang memberitahu pesawat itu pesawat peribadi milik seorang pegawai kerajaan negeri.
“Kita tidak menuduh pegawai kerajaan itu. Kami hanya mahu tahu kebenarannya. Saya rasa rakyat Sabah akan rasa bangga pegawai kerajaan kita juga miliki pesawat peribadi,” katanya sebelum ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.