`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 8, 2018

Irmohizam mahu Splash jelaskan kerja baik pulih loji

logi-selangor

SHAH ALAM: Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) diminta beri penjelasan berhubung kelewatan pelaksanaan kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3), Bestari Jaya, Kuala Selangor yang kerosakan itu didakwanya berlaku sejak 2 tahun lepas.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata gangguan bekalan air tidak akan berlaku jika kerajaan Selangor mengambil tindakan awal dengan melaksanakan kerja baik pulih di loji berkenaan.
“Kerosakan loji rawatan itu sudah lama diketahui iaitu sejak Disember 2016. Saya minta Splash di bawah pengurusan kerajaan negeri Selangor tampil memberikan penjelasan mengapa sekarang baru laksanakan baik pulih loji tersebut.
“Perkara sebegini dapat dielakkan jika tindakan awal diambil setelah mengetahui punca yang boleh menjejaskan bekalan air. Kerajaan negeri tidak seharusnya berdolak dalih jika tidak berupaya menguruskan air di Selangor,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, Irmohizam menyifatkan bantuan bekalan air yang disalurkan kerajaan negeri kepada rakyat bukan langkah efektif dalam menyelesaikan krisis air berkenaan.
“Bukan semua orang mampu beratur dan mengangkut air pada waktu tertentu. Pendapatan peniaga makanan pula sudah pasti terjejas kerana ada kedai terpaksa tutup, ada mengunakan cawan serta pinggan kertas tetapi kosnya tidak efektif dan merugikan,” katanya.
Gangguan bekalan air yang melibatkan banyak kawasan di sekitar Lembah Klang sejak Rabu lepas dijangka berlaku lebih lama berikutan Sistem Mampatan Udara di Loji Rawatan Air SSP3 pecah dan menyebabkan 5 batang paip bersaiz 1,100mm rosak dengan 2 daripadanya terpelanting keluar daripada strukturnya.
Antara kawasan terbabit adalah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.