`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 29, 2018

Negara ini sudah hendak di JAHANAMKAN - Oleh Rafidah Aziz.



JAWAPAN KAPADA ANWAR MUSA


Bismillaahi - rahmaan - nir  -  rahim..


Negara ini nampaknya sudah hendak di JAHANAM  KAN kedudukannya, semangatnya dan Maruah nya, olih mereka  yang mengidap apa yang saya anggap sebagai ‘POLITICAL MYOPIA’ atau ‘RABUN POLITIK’


DUNIA nampak SELURUH BADAN Burung2 Unta / Ostritch yang bogel TERDEDAH...siap dengan najis , ulat2 dan kekotoran.


TETAPI kepala2 Burung Unta TERSOROK didalam Pasir..


Tak nampak..tak dengar, maka ‘Tak Tahu’


JANGAN SEKALI2 di soal ‘locus standi’ saya untuk bercakap, mengulas dan memberi pendapat. Sebagai seorang WARGA MALAYSIA yang sanggup berkorban nyawa untuk Tanah tempat tumpah darah saya..


SAYA BERHAK BERCAKAP...tentang APA yang BENAR..Apa yang melibatkan NEGARA saya.


Saya akan terus bercakap, BILA PERLU DAN WAJAR, sehingga ke akhir hayat .
Siapa  yang makan cili terasalah pedasnya.

Untuk MAKLUMAN SEMUA, SAYA, Rafidah Aziz,


- Tidak perlu ADA kumpulan ‘Comms’
- Tidak perlu ADA KOMPLOT2 hendak buat  ‘Perancangan’
Tidak perlu MENYOKONG MANA2 INDIVIDU atau PIHAK


Saya hanya menyokong KEBENARAN dan menyokong apa YANG TERBAIK UNTUK NEGARA.


Saya gunakan FIKIRAN saya untuk membuat penilaian dan pertimbangan tentang SIAPA yang berusaha UNTUK RAKYAT dan NEGARA.


Saya tidak pandang UMUR seseorang. Saya menang bertanding Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1975 pada umur 31 tahun.

Allahyarham TUN RAZAK (Bapa Najib) Presiden dan PM. 
Masa itu Najib BARU setahun layak mengundi.  
Entah dimana dia pun. Di London?

Saya dalam Politik selama 52 tahun.
Dalam Parlimen, termasuk Senate, selama 39 tahun
Dalam Kerajaan pula selama 32 tahun

GELI SUNGGUH hati saya mendengar orang2 tertentu menganggap saya dan rakan sebaya ‘hendak jawatan’ dan meroyan kononnye.
Memetik ‘Bahasa PM’, ‘MEROYAN kepala bapak mereka?’
Maaflah kalau ada " copyright isitilah bahasa PM tersebut. 

SAYA anggap JAWATAN dan PERANAN SAYA sebagai WARGA Malaysia yang  BERTANGGONGJAWAB dan BERPEGANG TEGUH kepada kebenaran sudah CUKUP PENTING.

UMUR - ALLAH SWT PENENTUnya. JANGAN kita pula mendahuluiNYA .

Ingat bahawa semua yang muda AKAN TUA InsyaAllah.
Belum tahu APA nasib seseorang bila sampai umur 40, 50, 60, 70..apatah lagi 90han.
Jangan bongkak kerana kita ‘muda’.

Bagi saya..MEMFITNAH, MENYOKONG YANG SALAH, MENGIAKAN YANG TIDAK BETUL adalah berdosa kapada mereka yang teraniaya olih perbuatan2 itu. TIDAK KIRA SIAPA YANG MELAKUKAN

TIDAK ada UNDANG2 manusia yang bolih mengatasi UNDANG2 TUHAN YANG MAHA BERKUASA.

TUHAN YANG MAHA ESA sahaja yang bolih mencabut NYAWA KITA , BILA2 MASA.
Apatah lagi, MENCABUT JAWATAN, KUASA dan HARTA yang TIDAK BOLIH dibawa mati.

Sumpah Jawatan bermula dengan lafaz,
WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI .
Baik pun dalam Parti atau dalam Kerajaan.
Saya dididik dan di ajar olih Ayah dan Emak saya supaya JANGAN SEKALI KALI MELANGGAR SUMPAH ITU.

BURUK PADAH NYA.

Hentikan lah berdebat peribadi.

LIHATLAH  MASAALAH2 DI DEPAN MATA..YANG SATU DUNIA TAHU DENGAN FAKTA DAN BUKTI.

Ada yang terlalu Taksub menyokong dan menidakkan, sehingga sudah dianggap sebagai SEOLAH2 kepala2 Burung Unta sudah terbenam, BUKAN LAGI dalam pasir TETAPI dalam SIMEN dan KONKRIT sehingga tidak lagi mampu di angkat keluar untuk MELIHAT dan MENDENGAR APA YANG SEBENAR DI SEKELILING.

Saya AKAN pergi.. entah esok lusa. 

TETAPI NEGARA SAYA TERCINTA, akan saya terus membela. 
TIADA MANA pihak2 dengan mata pena on-line, cara gertak2, undang2 yang supresif atau dengan apa jua cara, akan menjejaskan pendirian dan Prinsip2 saya. 

YANG BENAR TETAP BENAR.
SAYA BERSERAH KAPADA ALLAH swt..TUHAN YANG BERKUASA ATAS SEGALA MAKHLOKNYA. 

YA ALLAH..HAMBA MU ini SUJUD MEMOHON.
TEGAKKANLAN KEBENARAN.
SELAMATKANLAH NEGARA HAMBA MU INI.
SERTA RAKYAT NYA.

AMIN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.