`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 9, 2018

‘Siapalah kita perempuan persoal hak suami kahwin lagi’

a little boy wearing a hat and smiling at the camera: nuridahsalleh© Provided by FMT Media Sdn Bhdnuridahsalleh
Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh. (Gambar Facebook).
PETALING JAYA: Sayap wanita PAS, Dewan Muslimat menyokong cadangan seorang pemimpin parti peringkat negeri yang semalam memuat naik ucapan Hari Wanita Sedunia dengan harapan kaum wanita akan membenarkan suami mereka mengamalkan poligami.
Ketika ditanya reaksinya mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Perak, Wan Tarmizi Abd Aziz semalam, Ketua Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh berkata berpoligami adalah hak yang dianugerahkan Allah.
Nuridah turut merujuk sepotong ayat Al-Quran yang kerap dipetik oleh mereka yang menyokong poligami.
Menerusi kiriman Facebook semalam, Wan Tarmizi menulis: “Hari Wanita akan lebih bermakna jika wanita itu menghadiahkan seorang lagi wanita kepada pasangannya sebagai tanda menghargai wanita lain”.
Bagi Nuridah, amalan itu dibenarkan Islam dan sebagai wanita Islam, beliau tidak boleh menghalang hak tersebut.
“Benda ni dalam Islam dah ada. Siapa kita, orang perempuan nak menentang cara ini. Kalau betul caranya, tiada masalah. Ikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah. Dan suami berkahwin kerana Allah, bukannya hawa nafsu dia,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, berpoligami perlu diamalkan “demi cintakan Islam”.
“Maka tiada sebab untuk wanita nak menentang, terutamanya orang-orang yang beriman kepada Allah.”
Menurutnya, selagi syarat dipenuhi, beliau tidak mempunyai masalah jika suami mahu berpoligami.
“Bawa berbincang dengan isteri. Tunjukkan kalau dia mampu. Kalau dengan seorang isteri pun tak boleh, payah jugak,” katanya.
Nuridah berkata “perkahwinan seterusnya” oleh suami perlu membahagiakan isteri baharu dan anak-anaknya.
Nuridah sebelum ini pernah mempertahankan “bai’ah” yang diamalkan partinya, di mana seseorang calon PAS perlu menandatangani sumpah menceraikan isterinya jika dia meninggalkan parti itu selepas memenangi pilihan raya.
Beliau juga pernah mempersoalkan saranan untuk meningkatkan umur perkahwinan wanita Islam dari 16 ke 18 tahun, dengan berkata berkahwin pada usia muda bukanlah penyebab utama perkahwinan gagal. 

1 comment:

  1. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Email us:urgentloan22@gmail.com
    Application Form:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....
    Email us (urgentloan22@gmail.com)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.