`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 5, 2018

Kerajaan ada pelan komprehensif untuk Sarawak, kata Najib

Perdana menteri berkata potensi pembangunan Sarawak amat luas kerana hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
MARUDI: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan pusat mempunyai pelan tindakan komprehensif untuk terus membangunkan Sarawak kerana potensi besar yang dimiliki negeri ini.
Kerajaan ingin Sarawak terus maju kerana potensi pembangunannya amat luas dan ini dipermudah dengan hubungan amat baik antara beliau, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg, kerajaan pusat dan kerajaan negeri, kata perdana menteri.
“Apabila saya datang ke Sarawak, saya tidak datang dengan tangan kosong. Saya telah curahkan peruntukan tambahan kepada negeri ini dalam setiap ‘walkabout’ (sepanjang 9 tahun sebagai perdana menteri) sehinggakan Timbalan Ketua Menteri (Datuk Seri Douglas Uggah Embas) beritahu jumlah keseluruhan yang sudah diluluskan untuk semua ‘walkabout’ itu ialah RM4.3 bilion,” katanya.
Najib berkata kerana hasratnya yang mendalam untuk memastikan pembangunan Sarawak dilaksanakan, sepanjang tempoh 9 tahun ini, beliau sudah melawat Sarawak sebanyak 60 kali melibatkan 161 program di seluruh negeri.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Pelancaran Jambatan Marudi di Dataran Terbuka Marudi hari ini.
Turut hadir Abang Johari, Uggah dan Tan Sri James Jemut Masing yang juga ahli parlimen Baram Anyi Ngau dan Adun Marudi Datuk Dr Penguang Manggil.
Menariknya rekod kehadiran Najib di Sarawak sentiasa dicatatkan oleh bekas timbalan ketua menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang dan kini diteruskan oleh Uggah.
Sementara itu, Najib berkata pembinaan jambatan Marudi bernilai RM84 juta berkenaan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 27,000 penduduk.
Jambatan ini akan memendekkan tempoh perjalanan, satu perubahan besar yang sepatutnya sudah lama dibuat, katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.