`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 1, 2018

‘Mata masuk habuk’ tonton video Dr M

a man sitting in a room© Provided by FMT MEDIA SDN BHDMenjelang musim pilihan raya, ramai sibuk ”berkempen” untuk parti masing-masing.
Lebih-lebih lagi ahli politik yang bertanding, pastinya mereka sudah merancang pelbagai kaedah dan strategi untuk menawan hati rakyat.
Terbaru, ramai akui sebak dan terkesan menonton Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sebuah kempen iklan menunjukkan beliau secara terbuka mengakui ingin menebus kesalahan lampau untuk pemulihan Malaysia.
Dalam iklan itu, Mahathir menceritakan sebab beliau pada usia 93 tahun tidak mengambil keputusan untuk berehat sebaliknya “bekerja”, kepada watak kanak-kanak berusia 6 tahun bernama Aisyah.
Video 10 minit dan 28 saat itu menerima hampir 500,000 tontonan di Facebook dan dikongsi hampir 20,000 kali di Facebook juga ditonton hampir 100,000 kali di Youtube.
“Anak, atuk perlu buat kerja berkenaan dengan pemulihan negara kita disebabkan oleh mungkin kesalahan datuk dulu dan keadaan yang ada sekarang ini,” katanya dalam video itu kepada Aisyah.
Turut bersama dalam iklan itu ialah watak bernama kanak-kanak lelaki bernama Adam yang digambarkan sering menggunakan telefon pintar.
Mahathir bertanya kepada Adam makna kemerdekaan dan menerangkan kepada kanak-kanak yang menjelaskan ia sambutan melaungkan merdeka dengan mengibar Jalur Gemilang.
“Bukan itu saja, merdeka bermakna kita bebas, kita tidak dijajah oleh orang. Kita dapat tadbirkan negara kita sendiri dan kita akan bangunkan negara kita supaya rakyat akan hidup lebih baik, akan dapat bekerja, dapat pendapatan dan hidup lebih sempurna,” kata Mahathir.
Menjawab mengenai harapan beliau terhadap Malaysia, Mahathir berkata;
“Kalau Malaysia ini ditadbir oleh kerajaan baik, maka kita semua akan dapat banyak nikmat,” jawabnya.
Beliau dalam suara terkedu dan sebak turut menutur; “Atuk dah tua… umur dah 90 lebih jadi masa tak banyak. Tetapi setakat yang boleh atuk cuba sedaya upaya bekerja sama dengan kawan-kawan untuk pulih semula negara kita Malaysia.”
Ramai netizen nampaknya tersentuh dengan kata-kata beliau dan akui semangat Mahathir pada usia 93 tahun sememangnya harus dihargai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.