`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 18, 2018

Najib kecam Dr M berhubung kenyataan kedai roti

Najib berkata, Dr Mahathir disifatkan melalut kerana menukar 4 kali kenyataan berhubung penutupan The Loaf dalam masa 2 minggu bagi menyalahkan kerajaan.
TELUK INTAN: Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat 4 pusingan U dalam kenyataannya dan menyalahkan ekonomi negara apabila terpaksa menutup kedai roti miliknya.
Najib berkata, perbuatan bekas pemimpin negara itu disifatkan melalut kerana menukar 4 kali kenyataan berhubung penutupan The Loaf dalam masa 2 minggu bagi menyalahkan kerajaan.
“(Dia) bukan nak dengar cakap orang dah, melalut cakapnya, hari ini cakap lain esok cakap lain macam kedai roti dalam 2 minggu 4 kali tukar (kenyataan), mula-mula kata kedai dia, lepas itu kata bukan kedai dia, lepas itu kata nak jual kedai dia, akhir kata baru mengaku kedai dia.
“Sebab apa dalam daftar syarikat dia ada 10 juta saham (dalam kedai roti) dan pegang 51% ekuiti. Janganlah kita main politik yang begini, jangan kita tuduh orang tidak berasas, berdosa nanti. Tak apa, itu dia dengan Allah nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) mengandungi 957 unit kediaman di Batu 4, Jalan Changkat Jong hari ini. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.