`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 18, 2018

Niat Dr Mahathir vs Najib

Najib tegas menyempurnakan agenda transformasi negara dan menyelesaikan masalah legasi yang membebankan negara dan rakyat.
KOMEN
Oleh Eric See-To
Niat Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dendam, apabila tidak dapat apa yang dimahukan seperti didedahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Datuk Seri Najib Razak tidak setuju menswastakan Malaysia Airlines (MAS) kepada kawannya, meluluskan lesen judi untuk kawan karibnya, memberi geran percuma RM3 bilion kepada Proton semasa menjadi pengerusi dan tidak menolong anaknya menjadi naib presiden Umno ataupun melantiknya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno.
Dr Mahathir sangat marah dengan keengganan Najib kerana beliau menganggap Najib tidak mengenang budi disebabkan merasakan dirinya ialah orang yang mengangkat Najib sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir gemar bergaduh. Beliau bergaduh dengan hampir semua perdana menteri yang lain seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Dia cuma tidak sempat lawan dengan Tun Abdul Razak Hussein kerana meninggal dunia terlalu awal.
Beliau juga bergaduh dengan hampir semua timbalannya seperti Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sangat nyata niat Dr Mahathir ialah membalas dendam terhadap Najib. Dendam ini semakin membara kerana Najib tegas dengan pendiriannya dan tidak senang dikalahkan.
Niat Najib pula ialah beliau benar-benar meletak kepentingan dan masa depan negara melampaui kepentingan politik peribadi.
Beliau tegas menyempurnakan agenda transformasi negara dan menyelesaikan masalah legasi yang membebankan negara dan rakyat.
Najib telah menyelesaikan masalah perjanjian berat sebelah pengeluar penjana bebas (IPP), dan membeli balik Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sepenuhnya daripada kroni-kroni dan sekaligus menghapuskan perjanjian tol tidak adil, walaupun kebanyakan kroni ini merupakan kawan Dr Mahathir.
Komitmen Najib menurunkan harga kereta sejak beliau memerintah, untuk mengurangkan beban hutang rakyat dan membolehkan rakyat mampu membeli kereta juga membangkitkan kemarahan Dr Mahathir kerana menjejaskan syarikat Proton kesayangannya.
Beliau juga tegas melaksanakan pemansuhan subsidi pukal serta cukai barang dan perkhidmatan (GST), walaupun tidak menguntungkan politik peribadinya kerana tahu langkah-langkah ini adalah penting untuk jangka panjang negara – seperti yang dilakukan hampir semua negara di dunia.
Kalaupun niat GST ialah meningkatkan pendapatan kerajaan…bukankah lebih senang kalau kita menaikkan cukai-cukai seperti cukai korporat, cukai peribadi, cukai jualan dan cukai servis.
Menaikkan cukai sedia ada, tak payahlah nak memperkenalkan cukai baru yang menyebabkan rakyat marah.
Tetapi, Najib tidak menaikkan cukai-cukai sedia ada, sebaliknya beliau menurunkan cukai korporat dan peribadi serta memansuhkan cukai servis dan cukai jualan.
Kalau benar kerajaan Najib terdedak untuk wang, mengapa pula Najib tidak ambil dari rizab Petronas seperti yang sering dilakukan Dr Mahathir untuk “bail out” ini, “bail out” itu ataupun projek ego Dr Mahathir?
Pada akhir 2017, rizab tunai Petronas meningkat kepada RM128.2 bilion – jauh lebih besar daripada RM20 bilion ataupun RM30 bilion pada zaman Dr Mahathir.
Masa ringgit menurun dan Najib diserang dari segi politik dengan teruk, beliau tegas tidak menambat ringgit seperti dilakukan Dr Mahathir sebelum ini kerana tahu langkah ini akan merugikan negara dalam jangka panjang.
Oleh kerana langkah berani ini, pertumbuhan eksport negara kita melonjak berganda dan industri pelancongan negara bertumbuh pesat.
Walaupun Najib benar-benar menyelamatkan negara pada 2009, ketika negara dilanda krisis ekonomi dunia paling teruk sejak 80 tahun dahulu, beliau dimarahi orang kerana meminjam dan menggunakan wang untuk disuntik ke dalam ekonomi negara sebagai langkah menentang kemelesetan ekonomi negara yang akan lebih teruk, jika langkah ini tidak diambil.
Sama dengan 2014 hingga 2016 apabila harga komoditi dunia menurun dengan teruk, terutama eksport utama negara, iaitu petroleum yang harga telah jatuh 80% dalam masa singkat.
Jikalau eksport sesebuah negara jatuh 80% dalam masa singkat, tentulah negara itu akan mengalami krisis dahsyat.
Tetapi, oleh kerana langkah-langkah berani yang telah diambil seperti mengurangkan kebergantungan kepada hasil petroleum, melaksanakan GST pada masa tepat dan meningkatkan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), negara sekali lagi diselamatkan daripada krisis yang tentu akan lebih parah.
Walaupun sekali lagi telah terbukti Najib menyelamatkan negara, tetapi beliau diserang pula kerana GST.
Dr Mahathir langsung tidak ada niat untuk kepentingan negara. Ini terbukti apabila Dr Mahathir pun tidak tahu kandungan manifesto gabungan parti sendiri, walaupun beliau ialah calon perdana menteri yang bakal melaksanakan manifesto ini.
Niat dan motifnya satu sahaja. Menumbangkan Najib dengan apa saja cara, termasuk U-turn demi U-turn terhadap prinsip-prinsipnya sebelum ini, melontar fitnah di atas fitnah dan berpakat untuk berbuat jahat dengan parti cauvinis dan orang yang dimusuhinya selama 20 tahun.
Motif Najib ternyata untuk meletakkan kepentingan negara melangkaui kepentingan politik peribadi.
Niat dendam peribadi ataupun niat baik untuk negara? Apa yang kamu mahu? Rakyat Malaysia mestilah bijak memilih.
Eric See-To ialah timbalan pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.