`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, June 28, 2026

Jakim siasat dakwaan silap ayat al-Quran dalam buku ‘Wanita Syurga’

 Personaliti media sosial Aisyah Hijanah dilaporkan sudah memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi itu dan menarik balik penjualan bukunya.

Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifli Hasan berkata usaha penubuhan Majlis Penerbitan Buku Agama Malaysia dijangka mampu mengelakkan kesilapan sama berulang.
PETALING JAYA:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat dakwaan kesilapan penulisan ayat al-Quran dalam buku bertajuk ‘Wanita Syurga’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata pihaknya mengambil serius dakwaan itu dan usaha menubuhkan Majlis Penerbitan Buku Agama Malaysia yang sedang dilaksanakan kerajaan dijangka mampu mengelakkan kesilapan sama berulang.

“Kita ingin memberi peringatan kepada semua penulis, dalam pada kita menggalakkan karya baharu berkait agama, ia perlu dipastikan kesahihannya.

“Saya mengambil maklum penulis sudah pun memohon maaf, tetapi kita ingin memastikan ia tidak akan berlaku lagi selepas ini,” katanya menurut Berita Harian selepas Konvensyen Kebangsaan Profesion Peguam Syarie 2026 di Putrajaya semalam.

Terdahulu, personaliti media sosial, Aisyah Hijanah dilaporkan memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi itu dan menarik balik penjualan buku terbabit.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata, dana RM1.5 juta yang diperuntukkan kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia boleh meningkatkan representasi golongan memerlukan untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Syariah.

“Secara umum, mereka yang menghadapi kesusahan serta tiada kewangan mencukupi boleh rujuk kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia untuk mendapatkan representasi.

“Mahkamah Syariah melakukan pelbagai pendekatan dan inovasi untuk memudahkan akses, antaranya pelaksanaan mahkamah laluan pantas (fast track) dengan ribuan kes berjaya diselesaikan sehari,” katanya sambil menambah usaha pendigitalan memudahkan lagi akses kepada Mahkamah Syariah.

Beliau berkata, pelaksanaan laluan pantas Mahkamah Syariah mencapai 97% kadar penyelesaian kes, manakala usaha pendigitalan perkhidmatan Mahkamah Syariah terus diperkukuhkan melalui pelaksanaan sistem e-Syariah versi 3 membabitkan modul penting e-filing dengan pendaftaran kes tanpa perlu ke kaunter mahkamah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.