`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, November 4, 2017

Agen haram punca pembantu rumah larikan diri

Pertubuhan mewakili agensi pembantu rumah asing berkata terdapat hanya 300 agensi berdaftar dengan kerajaan, dan 20,000 agen pembantu rumah tidak berdaftar.
Presiden, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) Datuk Raja Zulkepley Dahalan ketika ditemui dalam wawancara bersama FMT di Ibu Pejabat Pikap.
Presiden, Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) Datuk Raja Zulkepley Dahalan ketika ditemui dalam wawancara bersama FMT di Ibu Pejabat Pikap.
KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan mewakili agensi pembantu rumah asing berkata 90% pembantu rumah melarikan diri daripada majikan kerana didera di samping tidak diberi bayaran hasil titik peluh mereka, dan ia biasanya kerana mereka dibawa masuk oleh agen tidak berdaftar.
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap) berkata majoriti pembantu rumah melarikan diri kerana tidak dibayar gaji.
“Ada pembantu rumah yang patut kerja 3 tahun jadi 10 tahun, selepas itu didera oleh majikan. Mereka juga ada yang menerima gangguan seksual dan kena kerja lebih masa.
“Mereka ini kebanyakan masuk melakui agen yang tidak berdaftar dan ini secara tidak langsung meburukkan nama negara di negara sumber itu,” kata Presiden Pikap, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, kepada FMT.
Statistik menunjukkan satu dalam 20 pembantu rumah melarikan diri daripada majikan mereka di negara ini.
Persatuan Majikan Amah Malaysia (Mama) sebelum ini dilaporkan berkata ia bukan jumlah kecil apabila mengambil kira 250,000 pembantu rumah yang berdaftar dengan agensi pekerjaan di negara ini.
Raja Zulkepley berkata masalah yang perlu difokuskan adalah menangani lambakan agen pembantu rumah yang tidak berdaftar dalam negara ini.
Beliau berkata di Malaysia hanya 300 agen pembantu rumah didaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja, tetapi terdapat 20,000 agen pembantu rumah yang tidak berdaftar.
Menurutnya, ia antara sebab Indonesia mengharamkan pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia beberapa tahun lalu.
“Kesannya, nama negara yang akan buruk. Jangan sampai Indonesia dan negara sumber lain membekukan membekalkan pembantu rumah ke Malaysia,” katanya.
Pada Mac lalu, Indonesia menarik balik keputusan menghentikan penghantaran rakyatnya menjadi pembantu rumah ke luar negara selepas perbincangan dengan beberapa negara berhubung hak perlindungan golongan itu.
Berpuluh ribu wanita Indonesia bekerja di Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Taiwan kerana tertarik dengan gaji tinggi, walaupun wujud dakwaan mereka dijadikan mangsa pemerdagangan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.