`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 6, 2017

Kesilapan buku teks Sejarah, DBP bayar denda sembelih kerbau

Ia setahun selepas Dewan Bahasa dan Pustaka memohon maaf atas kesilapan fakta berkenaan adat kematian Murut di Sabah.
sogit-dbp
PETALING JAYA: Pegawai tinggi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghadiri upacara sembelihan seekor kerbau di Tenom, Sabah, hujung minggu lalu sebagai tanda permohonan maaf kepada masyarakat Murut di Sabah, susulan kesalahan fakta mengenai adat kematian Murut seperti diterbitkan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 1.
Ia selepas Persatuan Murut Sabah (PMS) memutuskan untuk mengenakan denda “sogit” berupa seekor kerbau, sebagai tanda perdamaian kedua-dua pihak susulan permohonan maaf DBP tahun lalu.Upacara menyembelih kerbau dihadiri Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas, Pengarah DBP Sabah Asmiah Ajamain dan wakil Kementerian Pelajaran, Zainap Derahim dan Yusri Amir, menurut akhbar Borneo Post.
“Kami bersyukur kepada Tuhan atas pertemuan aman ini. Malah setiap bentuk keamanan diterjemahkan berdasarkan adat resam Murut. Kami bersedia memaafkan DBP atas kesilapan itu,” kata presiden PMS, Datuk Rubin Balang, yang juga Ketua Umno Tenom, dipetik akhbar itu.
Sogit merupakan denda yang diamalkan sejak turun temurun, dan dikenakan ke atas mereka yang melanggar adat Murut.
Tahun lalu, DBP memohon maaf selepas protes beberapa pihak di Sabah terhadap kesalahan fakta mengenai upacara kematian Murut. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.