`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 1, 2017

Lacur kanak-kanak: 3 lagi individu ditahan

Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini 8 orang termasuk 7 warga Bangladesh.
arrest
JOHOR BAHRU: Polis menahan 3 lagi individu bagi membantu siasatan kes 2 kanak-kanak perempuan yang disyaki dilacur ibu mereka di sini, 25 Oktober lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata dua daripada suspek merupakan lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang ditahan di Kulai dan Johor Bahru, petang semalam.
Seorang lagi pula adalah lelaki tempatan berusia 48 tahun yang merupakan majikan kepada kedua-dua warga Bangladesh berkenaan, katanya.
“Dia (lelaki tempatan) ditahan di kawasan Kulai hari ini kira-kira 1.30 petang dan akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen. Permohonan perintah reman terhadapnya sedang dibuat di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Khalil, penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini adalah 8 orang termasuk 7 warga Bangladesh.
Lima daripada warga Bangladesh itu yang kesemua pekerja kilang berumur 28 hingga 42 tahun sebelum itu, ditahan di kawasan Senai semalam.
Mohd Khalil berkata pihaknya juga sudah mengenal pasti suspek utama dan sedang berusaha mengesannya.
Pada 25 Oktober lepas, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki melacurkan 2 anak perempuannya yang berumur 8 dan 10 tahun kepada 3 lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.
Wanita yang merupakan ibu tunggal itu yang ditahan di rumahnya di Taman Bintang, Senai, dekat Kulai, disyaki melakukan kegiatan itu sejak sebulan lepas.
Dia akan membawa kedua-dua anaknya itu ke hotel terbabit setiap Jumaat dan meninggalkan mangsa bersama 3 lelaki berkenaan dan sebagai balasan, wanita itu akan menerima bayaran berjumlah RM50 setiap kali menjalankan “urus niaga” itu.
Kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk pemeriksaan dan diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.