`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 1, 2017

Mustahil rasuah sifar kerana pemimpin tunjuk teladan buruk, kata Mukhriz

PPBM tidak percaya Malaysia boleh mencapai tahap rasuah sifar bawah pentadbiran Najib Razak.
mukhriz-bribe
KUALA LUMPUR: PPBM tidak percaya Malaysia boleh mencapai tahap rasuah sifar bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang dikatakan oleh bekas menteri kewangan, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata mustahil rasuah sifar di Malaysia kerana pemimpin atasan menunjukkan teladan buruk.
“Sekarang ini saya lihat di peringkat setiausaha bahagian kementerian boleh hilang RM100 juta lebih, sebab mereka yang di bawah melihat ‘bos’ mereka 2×5. Kalau ‘bos’ boleh buat takkan mereka tak boleh?” kata bekas menteri besar Kedah itu.
“Kalau setiausaha bahagian RM100 juta lebih, bayangkan yang paling atas itu macam mana,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Sembang Santai d Wangsa Maju hari ini.
Terdahulu, Husni ketika membahaskan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini yakin Malaysia akan mencapai tahap rasuah sifar setelah meliihat kesungguhan perdana menteri memerangi budaya itu.
“Beberapa bulan lalu saya bertemu dengan Najib dan memberitahu bahawa kita mesti mengubah masa depan, kita mahu masa depan yang lain. Saya katakita mahukan rasuah sifar dan apa Najib kata? ‘Yes’ Husni,” kata ahli Parlimen Tambun itu.
Mukhriz tetapi percaya majoriti rakyat tidak berkongsi pandangan Husni, yang beberapa bulan lalu dilihat lantang mengkritik Najib berhubung isu 1MDB.
“Dia boleh kata apa yang dia suka tapi majoriti rakyat tahu bahawa malang bagi negara kita mempunyai seorang perdana menteri seperti itu. Siap boleh kata negara sifar rasuah bawah Najib…itu tidak masuk akal.”
Mukhriz akui budaya rasuah turut berlaku di zaman pentadbiran bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Tun sendiri akui perkara itu, tetapi dia berusaha memerangi rasuah. Dia pinda dasar kerajaan, perketat undang-undang. Tun lebih progresif…saya tidak tahu bagaimana nak selamatkan negara kalau kerajaan BN dikekalkan,” katanya. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.