`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, November 1, 2017

‘Undang-undang air baharu takkan lucut kuasa negeri’

Putrajaya berkata RUU tersebut bertujuan menstandardkan pengurusan sumber air.
wan-junaidi
PETALING JAYA: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam usaha mendraf rang undang-undang (RUU) untuk menstandardkan pengurusan sumber air.
Dijangka dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun depan, cadangan perundangan itu perlu kerana undang-undang semasa berkenaan sumber air hanya mengendalikan penggunaan air di rumah dan kegunaan industri.
Menteri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sektor lain termasuk pertanian dan alam sekitar, tidak diliputi bawah undang-undang yang sedia ada.
Katanya, buat masa sekarang tiada sistem pengurusan pusat untuk mentadbir sumber air seluruh negara.
“Dasar air sedia ada berpecah mengikut negeri berbeza. Bawah cadangan baharu ini, akan ada jawatankuasa penyelia pusat (untuk menyelia negeri).
“Kami bukan melucutkan hak negeri. Kami hanya menyediakan peraturan, rangka kerja dan cara pengurusan (sumber air),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kemapanan 2017 anjuran majalah The Economist.
Buat masa ini, garis panduan pengurusan sumber air dan sesetengah dasarnya berbeza mengikut negeri.
Kata Wan Junaidi, urusan masih dijalankan dengan negeri berbeza dan tanpa menamakan sebarang negeri, beliau menawarkan nasihat kepada mereka yang melengahkan perkara itu.
“Ini adalah untuk faedah bersama, terutamanya untuk negeri yang tiada sumber air dan yang mempunyai sumber air berlebihan,” katanya.
Katanya, dasar baharu itu akan membolehkan pemindahan air dari negeri dengan lebihan sumber air kepada yang kekurangan sumber air.
“Hal berkaitan kos dan pembayaran boleh diputuskan antara negeri-negeri berkenaan kemudian. Tetapi kita mahu melaksanakan dasar, undang-undang dan satu sistem pemindahan air,” katanya.
RUU itu membolehkan kerajaan negeri mengguna pakai sistem pengurusan air yang standard, di mana ia akan menjadi konsisten dengan dasar peringkat persekutuan dalam mengekalkan dan melindungi sumber air yang penting.
Akhbar The New Straits Times sebelum ini melaporkan RUU itu dijangka mengandungi aspek pengurusan pesisiran pantai, air bawah tanah, pengurangan bajir dan rancangan luar jangka jika berlaku kemarau.
Akhbar itu juga melaporkan RUU itu akan mengandungi seksyen tentang peraturan menyelia sumber air mentah seperti sungai dan cawang sungai.
Wan Junaidi berkata, walaupun kerajaan persekutuan mempunyai kuasa sejajar dengan kuasa kerajaan negeri, mereka perlu terlibat dengan negeri dan pihak berkepentingan kerana politik.
“Ia mengambil masa yang lama untuk perkenalkan undang-undang memperkemas pengurusan alam sekitar di Malaysia, dan juga untuk memperkemas penggunaan dan pengambilan sumber asli lain,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.