`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 5, 2017

NAJIB NAFI BERI RM90 JUTA KEPADA PAS

NAJIB Razak menafikan tuduhan beliau memberikan sejumlah RM90 juta kepada PAS menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti mana yang didakwa dalam laporan Sarawak Report.
Perdana menteri berkata dakwaan Sarawak Report tersebut sengaja dilakukan bertujuan memburukkan dirinya.
“Saya tak bagi duit dekat PAS… sebab itu (kes melibatkan) PAS sama Sarawak Report. Kita tunggu keputusan (mahkamah).
“Mana ada saya buat, sebab Clare pun dah gelabah sekarang,” katanya merujuk kepada Clare Rewcastle Brown, pengasas dan editor Sarawak Report.
“Saya tak boleh komen sebab dah masuk ke mahkamah tapi mana ada saya bagi. Ini semua mengarut dan nak burukkan saya ,”
katanya berucap di Majlis Konvesyen Umno Siber di PWTC Kuala Lumpur hari ini.
Ini kali pertama Najib menafikan dakwaan Sarawak Report yang beliau membayar RM90 juta kepada PAS sebagai pertukaran untuk sokongan parti.
Tuduhan itu baru-baru ini timbul selepas Rewcastle-Brown memfailkan pembelaan terhadap saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Pembelaannya yang difailkan pada 11 Oktober juga memperincikan bagaimana wang itu disalurkan kepada beberapa pemimpin PAS dahulu dan sekarang.
– https://www.themalaysianinsight.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.