`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 9, 2017

Speaker: Sultan tidak minta Dewan Negeri Selangor siasat isu Bugis

Hannah Yeoh berkata Sultan Sharafuddin menitahkan perkara itu disiasat pihak berkuasa undang-undang.
hannah-yeoh_dns_selangor_new600
SHAH ALAM: Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) tidak seharusnya campur tangan dalam isu membabitkan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina etnik Bugis, kata Speaker Hannah Yeoh.
Beliau berkata ini kerana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Jumaat lepas menjurus supaya perkara itu disiasat pihak berkuasa.
“Titah Tuanku adalah untuk polis menjalankan siasatan. Itu di perenggan terakhir (dalam kenyataan media).
“Tuanku tidak meminta Dewan untuk menyiasat. Tuanku bertitah supaya pihak berkuasa yang menyiasat perkara itu. Jadi mengapa dewan perlu masuk campur,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor hari ni.
Beliau berkata demikian bagi mengulas memorandum yang disampaikan oleh Adun Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini kepada Istana Selangor bagi membantah tindakan DNS menolak usul membahaskan kenyataan Dr Mahathir itu.
Pada sidang DNS semalam, Yeoh menolak usul tergempar yang dikemukakan Datuk Abduk Shukor Idrus (BN-Kuang) untuk membahaskan isu berkenaan.
Penyelaras ADUN BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata memorandum itu sebagai sokongan terhadap titah baginda yang menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan itu. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.