Semua mangsa dakwa ia berlaku semasa Tahun 1 dan Tahun 2 dan suspek dikatakan turut rakam gambar badan mangsa dengan kamera telefon bimbit.
MIRI: Seorang guru yang ditangkap pada Selasa lepas kerana mencabul kehormatan seorang murid perempuan dipercayai turut melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap 12 murid lain di sekolah sama.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata antara 5.40 petang hingga 8.15 malam semalam, seramai 12 ibu bapa datang ke Balai Polis Niah untuk membuat laporan polis terhadap suspek yang didakwa mencabul kehormatan anak mereka.
“Setakat ini 13 mangsa kanak-kanak sudah tampil, mereka murid Tahun 2 hingga Tahun 5 sebuah sekolah rendah di Batu Niah, Miri berusia antara 8 dan 11 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata semua mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika mereka berada dalam Tahun 1 dan Tahun 2 serta suspek dikatakan turut merakam gambar bahagian badan mangsa menggunakan kamera telefon bimbitnya.
“Telefon bimbit suspek dirampas untuk analisis forensik dan dia direman 7 hari hingga 1 Mei ini sejak ditangkap 24 April lepas,” katanya. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.