`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, April 13, 2018

Amanah guna logo sendiri di Sabah, lambang PKR di Sarawak



Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir berkata, calon Amanah yang bertanding di Sarawak pula akan menggunakan lambang PKR, sama seperti di Semenanjung Malaysia.
Anuar Tahir (dua dari kiri) berkata, calon Amanah yang bertanding di kerusi Parlimen Sarawak akan menggunakan lambang PKR kerana menganggap ia lebih dekat dengan pengundi negeri itu.
PETALING JAYA: Calon Amanah akan menggunakan logo parti itu untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata setiausaha agungnya.
Mohd Anuar Tahir berkata, calon Amanah yang bertanding di Sarawak pula akan menggunakan lambang PKR, sama seperti di Semenanjung Malaysia.
“Di Sabah, Amanah akan bertanding 2 kerusi Parlimen dan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala di Sarawak, Amanah akan bertanding di 6 kerusi Parlimen.
“Keputusan untuk menggunakan logo Amanah di Sabah disebabkan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memberi kebebasan kepada parti dalam komponen pembangkang ini untuk guna logo masing-masing,” katanya di Ibu Pejabat Amanah hari ini.
Beliau berkata, rundingan pengagihan kerusi di semua negeri sudah selesai, kecuali Selangor yang masih mempunyai 6 DUN belum dimuktamadkan, iaitu Dusun Tua, Sungai Burung, Lembah Jaya, Seri Serdang dan Paya Jaras.
“DUN Paya Jaras sepatutnya diserahkan kepada Amanah, tetapi muktahir ini ada perkembangan di kerusi DUN itu, jadi kita akan berbincang dengan PKR.
“Ada perbincangan kita akan buat, bukan tidak boleh buat langsung. Akan diputuskan minggu ini.”
Dalam perkembangan lain, Anuar berkata, dari segi kerusi Parlimen, PH memutuskan Amanah akan bertanding di 27 kerusi di Semenanjung, 6 di Sarawak dan 2 di Sabah.
Katanya, bagi DUN, sebanyak 113 kerusi diperuntukkan kepada Amanah di seluruh negara, termasuk di Sabah.
Sarawak akan hanya memilih kerusi Parlimen, dan DUN negeri itu tidak dibubarkan memandangkan pilihan raya negeri diadakan pada 2016.
“Calon-calon juga sudah dipersiapkan esok dan akan ada penyerahan tauliah dan ikrar oleh mereka yang dipilih menjadi calon Parlimen dan DUN untuk Amanah.
“Namun, ikrar itu tidak terlalu ekstrem dan tidak ada sumpah apa-apa, cuma ikrar untuk jalankan tugas dengan amanah,” katanya.
Beliau berkata, Amanah turut menubuhkan Lembaga Disiplin yang dianggotai pengerusi, timbalan pengerusi dan 3 ahli lembaga bukan daripada jawatankuasa pimpinan nasional.
Katanya, penubuhan Lembaga Disiplin itu bertujuan menjaga integriti dan keadilan dalam soal tatatertib Amanah.
“Pengerusi Lembaga Disiplin kita telah lantik bekas hakim Mahkamah Rayuan Persekutuan, Datuk Mohd Arif Mat Yusuf.
“Timbalan pengerusi lembaga itu kita lantik bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Datuk Nik Mohd Zain Nik Yusuf.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.