`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 12, 2018

HINGGA KE SAAT AKHIR HUSAM TEGUR DAN MENGINGATKAN AHMAD YAKOB

BEKAS Adun Salor Husam Musa terus membela rakyat Kelantan dan mahu menjaga khazanah negeri Cik Siti Wan Kembang itu hingga ke saat-saat akhir.
Apa yang beliau nampak dan kesan mungkin tidak terkesan oleh Adun lain, termasuk 12 Adun daripada BN. Kalau 12 Adun BN tidak terkesan apalah diharapkan kepada 30 bekas Adun Pas dan seorang bekas Adun PKR yang hanya tahu mengangguk dan “engeh”.
Inilah kelebihan Husam dan juga keikhlasannya terhadap tanggungjawab sebagai pemimpin kepada rakyat Kelantan.
Tetapi sayang keprihatinan beliau ini disalah anggap dan dituduh kononnya beliau bertindak begitu kerana dendam. Walhal apa dilakukan demi kebaikan negeri Kelantan dan rakyatnya, yang sepatutnya sesuatu yang perlu dibanggakan.
Terbaharu, Husam telah menulis surat terbuka kepada Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob agar tidak lagi meluluskan apa-apa kawasan balak sepanjang sebulan lebih Ahmad menjadi MB dalam kerajaan sementara (caretaker government) di Kelantan.
Husam menulis surat terbuka mengingatkan Ahmad Yakob dan memberi amaran apa dilakukan itu salah dan bertentangan dengan perlembagaaan dengan kedudukan beliau dalam kerajaan sementara hari ini.

Teguran ikhlas.

Surat terbuka yang dikira sebagai teguran ikhlas beliau terakhir kepada Ahmad bagi mengelakkan MB itu terbabas dan melanggar undang-undang seperti banyak terjadi sebelum ini. Penasihat Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu membuat surat terbuka itu apabila terhidu Ahmad akan memanggil mesyuarat untuk meluluskan kawasan balak dalam skala besar pada 16 April, yakni tulat.
Bagi Husam tindakan Ahmad itu bersalahan kerana beliau tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif sebagai MB selepas DUN Kelantan dibubarkan.
Tindakan itu katanya tidak sepatut berlaku dan seharusnya Ahmad Yakob mengelak daripada sebarang komitmen baru meliputan kelulusan pembalakan yang membawa ikatan kontrak melepas tempoh kerajaan beliau berakhir apabila DUN Kelantan dibubar 7 April lalu.
Husam tidak beretorik atau sengaja ingin menyusahkan Ahmad dengan peringatan itu tetapi ia bersadarkan kepada perlembagaan dan undang-undang.
Jelas Husam menurut semangat undang-undang dengan pembubran sesebuah DUN, seorang menteri atau menteri besar dengan sendiri menjadi “menteri besar” sementara tanpa kuasa eksekutif sehingga kerajaan baru dibentuk dan ketua eksekutif baru dilantik.
Husam lantas merujuk kepada pandangan dan pendapat tiga orang pakar perlembagaan dan undang-undang negara terkemuka, Abdul Aziz Bari, Dr Rais Yatim dan peguam kanan Dominic Puthuchery. Husam pernah merujuk langsung kepada Dominic.
Adalah diharap semoga teguran ikhlas Husam berasaskan perlembagaan dan undang-undang ini akan dipatuhi oleh Ahmad Yakob. Apa yang penting khazanah Kelantan tidak disalah gunakan. Andainya apa dibimbangi Husam itu tetap juga berlaku bermakna Ahmad dan kerajaan sementaranya terus mahu melahap hak rakyat walaupun mereka kini seakan sudah berada dibirai kubur.
Dalam pada itu jika mesyuarat tetap juga hendak diadakan Husam memohon untuk hadir sama dan meminta ketua-ketua whip parti lain juga hadir.
Berikut disiarkan sepenuhnya surat terbuka Husam kepada Ahmad Yakob:YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
KOTA DARULNAIM
15503 KOTA BHARU, KELANTAN,
– http://msomelayu.blogspot.co.id/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.