`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 12, 2018

Sabah isytihar 9 Mei cuti umum

Keputusan itu selaras dengan kerajaan pusat mengisytiharkan tarikh berkenaan sebagai hari kelepasan am tambahan sempena hari mengundi PRU14.
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi membolehkan rakyat di negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada tarikh tersebut.
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata keputusan itu selaras dengan keputusan kerajaan pusat untuk mengisytiharkan tarikh berkenaan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Menurutnya, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Negeri Sabah.
Pada 10 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh itu sebagai hari mengundi PRU14.  -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.