`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 8, 2018

Malaysia Sekarang Dekat Nak Hancur, Tak Payah Tunggu Dua Tahun Lagi


AdImage result for rakyat Malaysia menderitaa orang kata :

M'sia hancur dlm 2 tahun jika pembangkang ambil alih 
apa bakal berlaku jika pembangkang memerintah
"akan timbulkan huru-hara dalam negara

hancurkan kebahagiaan cucu-cicit
I give you two years only, this country will be destroyed (
"manifesto mereka . . berkaitan kepentingan peribadi.
“Apa tujuan mahu jatuhkan Najib  
- Bernama

My comments:

Peneroka Felda sekarang sedang tenat. Dulu depa suruh peneroka beli saham FGV. Depa belilah. Dulu RM4.30. Sekarang saham FGV seringgit  lebih saja.  Duit depa sudah hancur. Bukan Pembangkang hancurkan Felda.

Sekarang peneroka kena tunggu sampai dua bulan baru dapat duit untuk buah sawit. Dulu beberapa hari saja dapat cash. Sudah hancur belanja rumah peneroka. Tak payah tunggu dua tahun.  Bukan pembangkang yang hancurkan.

Dulu MARA ada banyak duit. Depa pi beli bangunan di Ostolia. Jadi pula kes rasuah di Ostolia. Rupanya depa bayar harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran. Polis Ostolia kata terlibat rasuah. Duit MARA hancur. Tak payah tunggu dua tahun. Sudah hancur.

Depa pinjam RM55 billion dari negeri China buat landasan keretapi pantai timur. Tapi kewangan KTM sudah hancur. Tak untung pun. Habis macam mana landasan keretapi pantai timur yang baru boleh untung? Macam mana nak bayar hutang RM55 billion? Tak payah tunggu dua tahun. Memang dah hancur dah.

Masuk hospital, banyak jenis ubat sudah tak ada. Alat bedah, bekalan bedah sudah kurang. Rawatan terjejas. Tak payah tunggu dua tahun.

MAS dah pelingkup berapa kali dah. Depa dah jual aset, buang pekerja, batal route. Apa sudah jadi dengan MAS. Tak payah tunggu dua tahun. 

PATI sekarang sudah berjumlah 3 juta atau lebih. Depa nak bawa masuk lagi 1.5 juta Bangla saja. Anak kita terpaksa saing dengan Bangla, Nepal, Indon, India, Filipina untuk mencari kerja. Kena berebut untuk cari kerja. Bilangan graduan penganggur makin meningkat. Berpuluh ribu sudah mencecah ratus ribu. Tak payah tunggu dua tahun. Mereka menganggur sekarang.

Ringgit pula jatuh hampir 20%. Harga barang impot naik. Bukan pembangkang yang buat.

Harga barang naik gila. GST, ringgit jatuh, semua ada kesan. Bukan pembangkang buat. Tak payah tunggu dua tahun. Dah hancur dah.

Abu Sayyaf serang Sabah. Depa tak tahu jaga keselamatan. Depa terpaksa tutup laluan laut. Kapal dagang, impot ekspot semua terjejas. Sekarang ekonomi pantai timur Sabah sangat susah. Bukan pembangkang buat. Tak payah tunggu dua tahun. Dah hancur pun.

Banyak kilang, gedung dan kedai tutup. KR1M pun tutup. Supermarket  tutup. SS2 mall tutup. Banyak lagi Mall tutup. Tak payah tunggu dua tahun. Dah hancur dah. Bukan pembangkang buat. 

Sekarang kita lihat Pulau Pinang dan Selangor. Dua negeri di bawah pentadbiran pembangkang. Dua negeri yang maju dan kaya. Ekonomi kukuh dan maju. Banyak peluang kerja dan bisnes. Ditadbir dengan baik oleh pembangkang. Dalam dua tahun akan datang kedua negeri ini akan jauh lebih maju di bawah pentadbiran pembangkang.

Pemimpin pembangkang berpengalaman dan proven. Tun Dr Mahathir jadi PM yang diiktiraf dunia. International statesman. Tan Sri Muhyiddin ex DPM. Lim Guan Eng Ketua Menteri. Shafie Apdal bekas Menteri, naib presiden parti. Azmin Ali MB Selangor. Ramai lagi. Semua berkebolehan dan berpengalaman.

Tidak terlibat rasuah bilion-bilion di peringkat international yang disiasat atau diburu DOJ, Switzerland, Singapura dsbnya.

Tidak terlibat memecat timbalan, memecat pegawai tinggi dsbnya. 

Tidak perlu tunggu dua tahun untuk hancur. Sudah hancur pun.

Sekarang tiba masa untuk menyelamatkan negara. Top urgent dah. 

Musang dalam reban. Ayam sudah hilang, ditelan musang. Sekarang musang nak telan reban pula.

Nauzubillaah. Nauzubillaah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.