KJ! Belia perlu pendidikan tinggi, pekerjaan dan perumahan. Mereka tak mahu jadi peminta sedekah.
YB. Kita tak mahu jadi macam peminta sedekah. Kita tak mahu ramai anak semata mata untuk mengutip bantuan wang, yang lebih dari kerajaan. Lagipun, wanita Malaysia bukan nya mesin buat baby.
Oxford. Salah satu universiti yang terbaik di dunia. Setiap ibu bapa mahu anak mereka masuk Oxford.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin seorang graduan Politik, Falsafah dan Ekonomi (PPE) dari Oxford.
Kelmarin, dia jumpa kaum belia. Pada pemuda yang ingin berumah tangga, dia kata mereka boleh dapat lebih bantuan wang, dari kerajaan, jika mereka mempunyai lebih ramai anak.
Adakah itu yang Khairy belajar di Oxford? Asik bergantung pada bantuan kerajaan? Seperti BRIM dan program Amanah Dana Anak Malaysia 2050?
Oxford tak ajar berdikari kah?
Cubalah pikir sikit.
Kalau nak banyak anak, dari mana, datang nya duit, nak tanggung keluarga?
Dari KJ kah?
Dari kerajaan? Tapi hutang kerajaan, hampir 1 trilion ringgit.
MANA NAK DAPAT DUIT NAK TANGGUNG KELUARGA YANG BESAR?
Kalau ramai anak, siapa nak bayar yuran tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. Kos kasut. Tambang bas . Kos pengajian.
GST untuk pakaian, kasut dan makanan, akan meningkat, dan, membebankan keluarga.
Ini kalau lelaki tu ada satu isteri. Kalau dia nak bini empat, macam mana?
Orang Melayu, dalam Umno-Baru, dapat saje duit, dah, cari bini muda.
Kerajaan nak bantu kah?
Bapa keluarga ni, bukan boleh beli kereta. Dia terpaksa beli bas, nak mengangkut anak dan isteri nya merata rata.
Apabila anak-anak lulus kolej, siapa nak bagi dia kerja? Sekarang ni, ramai orang, telah di buang kerja.
Mampu kah dia nak beli rumah? Atau kereta?
Bila dah tua, siapa nak bagi, penjagaan kesihatan, yang baik?
KJ seolah olah tak pergi sekolah, dengan pendapat nya suruh kita minta bantuan kerajaan.
Belia perlu pendidikan tinggi. Belia perlukan kualiti hidup. Belia perlu pekerjaan. Belia perlu pengankutan awam yang bagus. Belia perlu perumahan.
Kita bukan pengemis. Kita nak berdikari. Kita ada maruah dan integriti.
APA YANG KJ PATUT BUAT
Mengapa KJ tak cuba hapuskan masaalah Mat Rempit, antara kaum Melayu.
Atau tolong ibu tunggal yang di tinggal kering kering, oleh bekas suami yang tak bertanggung jawab
KJ patut tolong hapuskan masaalah kes buang bayi antara remaja.
Dan juga selesaikan masaalah ramai penagih dadah antara orang Melayu.
Oh ya….Apa terjadi. pada siasatan dalam kementerian Sukan, di mana wang sebanyak RM107 juta hilang? Mana penjelasan dari Khairy, sebagai menteri Sukan dan Belia?
Wahai rakyat Malaysia, kuasa, di tangan anda.
Keluar undi dalam PRU-14, dan Selamatkan Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.