`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 12, 2018

Mat Sabu sah tanding kerusi Parlimen di Selangor

Sumber berkata, Mat Sabu dijangka bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja yang kini disandang Ketua Wanita Amanah, Siti Mariah Mahmud.
PETALING JAYA: Amanah Selangor hari ini mengesahkan Mohamad Sabu akan bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14, bukannya di Pulau Pinang seperti yang dispekulasikan sesetengah pihak.
Pengerusi Amanah negeri, Izham Hashim berkata, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu akan bertanding di salah satu daripada 5 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu di Selangor.
Lima kerusi Parlimen itu adalah Kota Raja, Shah Alam, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Langat.
“Kita akan buat sidang media rasmi dalam sehari dua lagi untuk umum calon Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri)…sebab kita ada satu lagi kerusi yang belum kita muktamadkan, iaitu satu kerusi DUN.
“Saya boleh sahkan presiden Amanah akan bertanding di Selangor, cuma tempat kita akan umum nanti. Kalau ikutkan, semua 5 kawasan kita akan lawan beliau layak,” katanya kepada FMT.
Sumber memberitahu FMT yang Mat Sabu dijangka bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja yang kini disandang Ketua Wanita Amanah, Siti Mariah Mahmud.
Siti Mariah ketika dihubungi FMT hari ini mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja, sebaliknya akan bertanding di kerusi DUN.
“Saya sebenarnya belum tahu mana saya akan bertanding nanti, tapi saya boleh katakan saya tidak bertanding di Parlimen Kota Raja kali ini dan parti buat keputusan saya bertanding DUN. Jadi, sekarang ini saya tengah tunggu kerusi DUN mana yang akan diamanahkan.”
DUN Paya Jaras jadi rebutan Amanah, PKR?
Sementara itu, Izham berkata, Amanah tidak akan melepaskan kerusi DUN Paya Jaras kepada parti lain dalam Pakatan Harapan (PH).
“(Rundingan pengagihan kerusi) DUN Paya Jaras belum selesai. Di Paya Jaras memang kita akan bertanding, kita susah nak lepas sebab kita ada calon yang sesuai di sana.
“Kita tak akan lepas kerusi Paya Jaras kecuali kita ada tawaran lagi baik untuk serah kerusi itu, tapi setakat ini kita tak akan lepas,” katanya.
PH sebelum ini memperuntukkan DUN Paya Jaras kepada Amanah.
Kerusi DUN Paya Jaras menjadi rebutan apabila penyandang kerusi itu, Mohd Khairuddin Othman meninggalkan PAS untuk menyertai PKR minggu lalu dan beliau dikatakan akan kekal mempertahankan kerusi itu.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali kemudiannya berkata, parti itu belum memutuskan sama ada Khairuddin akan kekal bertanding di Paya Jaras. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.