`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, May 18, 2019

212 daripada 306 beg tangan dirampas di kondo Najib jenama Hermes bernilai RM47 juta


Hermes Rosmah

The Edge melaporkan, antara barangan lain yang dirampas termasuk 401 jam tangan
bernilai RM74 juta11,990 barang kemas dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit, dan sejumlah RM114 juta wang tunai pelbagai matawang.

Para penyiasat dilapor mendapati wang dari 1MDB telah disalurkan ke dalam empat syarikat berpengkalan di Singapura, dimiliki oleh orang kanan penjenayah dalam buruan Jho Low, bernama Eric Tan Kim Loong.

Tan juga dilapor menguruskan akaun-akaun bank yang dibuka di Singapura dan Switzerland oleh majikannya untuk pengubahan wang haram.

Keempat-empat syarikat itu telah membelanjakan sebanyak US$247.59 juta (RM1 bilion) bagi membeli barangan kemas dari 30 kedai barang kemas seluruh dunia.

Dalam pelbagai mata wang yang dirampas terdapat S$9.8 juta (RM30 juta) matawang Singapura.

Rampasan itu merupakan sebahagian daripada RM680 juta yang kini sedang diusahakan oleh pihak kerajaan untuk dikembalikan kepada negara. Pihak berkuasa juga telah merampas jam tangan mewah dan wang tunai dari kediaman Najib di Taman Duta dan sebuah rumah di Putrajaya.

Kondominium di Pavillion Residence dimiliki oleh Obyu Holdings Sdn Bhd, yang mengawal pegangan saham hartawan Sarawak Tan Sri Bustari Yusof seorang rakan rapat dan teman Najib bermain golf.

Sumber — milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.