`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 19, 2019

Anwar Dah Bankrap Idea Ke?

SD Salleh
Nampaknya Anwar Ibrahim ni masih lagi memainkan isu Umno memberi PAS wang sebanyak RM90 juta. Kalau betul pun yang Umno memberi PAS wang sebanyak RM90 juta, jadi apa masalahnya? Satu kesalahan ke? Macamlah Anwar ni tak pernah menerima sebarang wang dari sesiapa pun. Lagi satu, Raja Petra Kamarudin pun pernah memberi wang kepada Nurul Izzah untuk dia berkempen di pilihanraya 2013 yang lepas. Jadi, adakah itu juga satu kesalahan?
Pada mulanya, dakwaan mengatakan bahawa RM90 juta itu telah dicuri dari 1MDB. Yang bermaksud PAS telah menerima wang curi. Sekarang, SPRM telah menafikan pertuduhan yang mengatakan bahawa PAS menerima wang yang telah dicuri dari 1MDB. Jadi, tamatlah cerita atau pertuduhan yang mengaitkan PAS dengan duit 1MDB.
Walau bagaimanapun, Anwar masih mengatakan yang dia mempunyai bukti bahawa PAS menerima wang dari Umno. Kalaulah betul sekali pun Anwar ada bukti, kenapa tidak serahkan sahaja bukti itu pada SPRM dan buktikan bahawa SPRM ni berbohong ataupun silap. Kenapa perlu menjaja cerita sana-sini yang dia ada bukti sedangkan bukti itu disimpan olehnya? Sama seperti dia, kononnya, mempunyai 6 kotak bukti salah laku dan rasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang Anwar sendiri mengatakan bukti itu ada disimpan olehnya selama 21 tahun semenjak tahun 1998 lagi. Jadi, kenapa masih nak simpan bukt-bukti tu? Bawa je lah keluar!
Anwar mengatakan yang PAS membayar Clare Rewcastle Brown sebanyak RM1.4 juta untuk selesaikan kes mereka di luar mahkamah. Itu bermaksud yang PAS ini sebenarnya bersalah. Pertama sekali, PAS tidak pun membayar Clare sebanyak RM1.4 juta dan, yang kedua, jika inilah yang dikatakan bukti yang PAS bersalah, dan PAS cuba untuk mengelak daripada pergi ke Mahkamah, bagaimana pula dengan Anwar?
Untuk perbicaraan kes Liwat 1 dan Liwat 2, Anwar enggan untuk memberi keterangan (pada kedua-dua perbicaraanya). Kenapa pulak tak nak memberi keterangan? Jika Anwar betul-betul tidak bersalah, dia patutnya memberi keterangan dan memberitahu kepada mahkamah, “Saya tidak bersalah dan saya adalah mangsa penganiayaan politik”.
Anwar berkata yang PAS mengelak untuk pergi ke mahkamah kerana mereka bersalah. Anwar pun sama juga mengelak untuk memberi keterangan didalam mahkamah. Jadi, bukankah ini bermaksud yang Anwar juga bersalah dalam kedua-dua pertuduhan liwat itu?
Malah, isteri Anwar sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai “saksi alibi ” sepatutnya memberi keterangan dan memberitahu kepada mahkamah bahawa pada masa dan tarikh pertuduhan salah-laku itu berlaku, Anwar sebenarnya berada di rumah. Tetapi, kesudahannya, isteri Anwar sendiri, Wan Azizah pun enggan memberi sebarang kenyataan di Mahkamah. Kenapa sampai jadi macam ini? Adakah ini juga membuktikan bahawa Anwar juga bersalah sepertimana PAS bersalah menerima RM90 juta dari Umno?
Anwar ni sebenarnya dah kehabisan modal dan dia menggelabah cari modal lain untuk hentam PAS. Cerita yang Umno bagi PAS RM90 juta dari hasil curi wang 1MDB tu sudah basi dan tak laku lagi pada rakyat Malaysia. Berhentilah bercakap, berhenti menjaja cerita sana-sini. Tunjukkan bukti dahulu. Kalau tak, tutuplah mulut tu.
Rakyat Malaysia sudah bosan mendengar cerita dongeng yang sama setiap hari. Cerita 6 kotak bukti yang mengandungi salah-laku dan rasuah Mahathir pun sudah masuk 21 tahun dan sampai ke hari ni rakyat Malaysia masih menunggu, jangan kata kotak atau kertas, habuk pun takda. Bila lagi nak keluarkan 6 kotak bukti tu? Takkan sampai Mahathir mati baru kotak-kotak itu keluar?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.