`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, May 17, 2019

COULD ZAHID HAVE WON WITHOUT VOTES FROM MINDEF LAND SWAP DEAL: SKANDAL ‘LAND SWAP’ MENGEJUTKAN, GESAAN SIASAT KEMENANGAN ZAHID HAMIDI ADA ASASNYA

Pendedahan berkenaan skandal “land swap” yang melibatkan Kementerian Pertahanan ternyata amat mengejutkan sekali.
Skandal yang melibatkan pembinaan kem tentera melalui pertukaran tanah itu bukan saja menyebabkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit, tetapi juga merupakan suatu penyelewengan kerana telah digunakan untuk kepentingan memenangi pilihanraya.
Laporan yang disediakan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan berhubung pembinaan kem tentera di Hutan Melintang, Bagan Datuk antara lain mendapati:-
⁃ Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu pernah memberi amaran dalam suatu mesyuarat bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika kem gagal disiapkan sebelum Ogos 2017.
⁃ Wakil SPR didapati turut hadir dalam mesyuarat yang dipengerusikan Zahid Hamidi itu.
⁃ Wakil SPR juga didapati melawat tapak projek sebanyak tiga kali.
⁃ Wakil SPR turut memaklumkan pendaftaran pengundi hanya dapat dilakukan pada Ogos atau September 2017 iaitu tarikh akhir sebelum pengundian pada PRU14 dengan syarat beberapa kriteria perlu dipenuhi terlebih dahulu seperti penyempurnaan kem, infrastruktur, pagar, dapur dan stor senjata.
Laporan seterusnya mendapati penglibatan langsung SPR dalam memindahkan 1,563 pengundi – 935 anggota tentera dan pasangan mereka dari Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu di kem Tambun, 628 tentera dan pasangan mereka dari Batalion ke-3 Rejimen Artileri Diraja kem Kamunting ke kem Hutan Melintang itu.
Pembinaan kem Hutan Melintang itu adalah atas inisiatif pihak swasta dan sebagai balasannya, pemaju diberikan tanah seluas 18.6 hektar di Pahat, Perak dan Rasah, Negeri Sembilan.
Berdasarkan laporan tersebut, bukan saja pegawai SPR berkenaan wajar diambil tindakan kerana melangkaui tugasnya yang sebenar sebagai kakitangan badan pengendali pilihanraya yang sepatutnya adil dan bebas, tetapi sangat wajar sebagaimana desakan Lim Kit Siang agar kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datuk itu disiasat untuk menentukan kesahihannya.
Tidak itu saja, kemenangan BN di Sembrong dan Bera juga wajar disiasat sama kerana dibimbangi elemen penyelewengan yang hampir serupa dalam pembinaan kem tentera di kedua-dua kawasan tersebut mungkin juga berlaku.
Dalam hal ini, Malaysia Baru mesti menunjukkan ia benar-benar berbeza dengan Malaysia Lama.
-https://shahbudindotcom.net/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.