`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, May 16, 2019

ORANG LAIN BERGELUT SEHARIAN UNTUK HIDUP DIA SIBUK NAK JADI PM

Roslan SMS
Yang penting beliau jadi PM.
Dari dipecat sebagai TPM kemudian mencetuskan gerakan reformasi jalanan tahun 1998 (21 tahun dahulu), masuk keluar penjara itulah matlamat akhir agar “Aku jadi PM”.
Berapa ramai yang terkesan dan menderita, dipukul dibelasah ditangkap jadi bankrap. Orang Melayu sampai berpecah-belah dan kuasa politik bukan Melayu menjadi dominan. Kos hidup mencacak naik, rakyat menderita.
Itu semua “aku peduli apa” asalkan yang penting “Aku jadi PM”.
Apalah istimewa sangat orang yang Tun Dr Mahathir Mohamad pernah sebut tidak layak memimpin negara ini?
Bekas banduan kes liwat dan salahguna kuasa tetapi hari ini menuntut “ditabal” menjadi PM ke 8.
Saya tidak tahu tapi rasanya ramai rakyat Malaysia juga sudah tidak peduli. Mereka terus susah dan sengsara, janji tidak dikota, apa mereka peduli kamu jadi PM atau tidak yang penting jangan sampai kami merempat di bumi sendiri.
Ya Allah selamatkanlah bangsa, agama dan negara kami.

2 comments:

  1. Jika DS Anwar mewakili majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau untuk menjadi PM,maka ikut Perlembagaan beliau layak jadi PM.
    Tidak dapat dipertikaikan.DS Anwar "Tidak Sabar" , kurang tepat kerana beliau sudah menunggu dengan sabar selama lebih 20 tahun.
    Tunggu tak lama lagi kita tengok,yang tamak kuasa Madey atau Anwar .Tengok akal & gelagat Madey untuk elak serah kuasa , seperti biasa akan ada pihak ke3 digunakan untuk agenda tamak kuasa Madey.

    ReplyDelete
  2. Anwar memang charismatic, kecuali integrity.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.