My comments :
Saya ingin kongsi sedikit pandangan dengan Tuan-Tuan terutama sekali orang Melayu.
Setakat ini sekurangnya 560,000 ribu warga Malaysia (majoriti Melayu) sedang menganggur. Ramai daripada mereka graduan universiti, juga orang Melayu. Tiada peluang pekerjaan bagi mereka. Tidak ada perkembangan industri perkilangan, industri perbankan, perdagangan, hotel dan banyak lagi industri. Semuanya makin lembap di Malaysia.
Pertumbuhan ekonomi kita makin lembap. Pertumbuhan ekonomi 4% atau 4.5% bukanlah suatu kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat bagi sebuah negara masih "muda remaja'' seperti Malaysia.
Kalau Kerajaan terlena tidur pun, selagi hujan turun, asalkan matahari terbit setiap pagi, padi boleh menjadi dan pokok durian masih berhasil maka tidak mustahil bagi pertumbuhan ekonomi 4%. Boleh kata "natural rate of growth".
Tetapi kita kena tolak kadar inflasi. Kalau pertumbuhan ekonomi 4% tetapi kadar inflasi juga 4%, maka real GDP growth adalah 4% - 4% = 0%. Tuan-tuan kena faham perkara ini.
Hari ini Ringgit Malaysia "jatuh" ke tahap RM4.15 berbanding dengan Dolar Amerika. Saya fikir Ringgit Malaysia akan merosot lagi dan tidak mustahil Ringgit akan jatuh lagi ke tahap RM4.50 atau lebih teruk daripada itu (berbanding Dolar Amerika).
Daya produktiviti ekonomi kita makin merosot. Dunia luar kurang perlu kepada produk kita berbanding dengan keperluan kita kepada produk hasilan dunia luar. Maka Ringgit kita akan terus merosot.
Di Sri Lanka pula tiga hotel lima bintang yang menjadi sasaran serangan bom kumpulan Salafi ISIS baru ini sudah di tutup - until further notice. Mereka terpaksa tutup untuk kerja baik pulih renovation kerosakan akibat serangan bom dan juga kerana siasatan Polis di premis mereka masih berlanjutan. Mereka mengalami kerugian besar dan pekerja juga tidak dibayar gaji.
Hampir keseluruhan industri pelancungan Sri Lanka sekarang lumpuh (acute paralysis). Semuanya hanya kerana beberapa orang Salafi yang sesat dan tergelincir akidah mereka melakukan perkara bodoh yang tidak menguntungkan siapa pun. Mereka tidak akan berjejak kaki di pintu belakang syurga pun. Percayalah. Mati mereka adalah seperti binatang yang mati dilanggar lori barang di jalanraya. Mati sia-sia dan tidak berguna. Jika ada sebarang kebaikan yang boleh diambil kira daripada perbuatan bodoh mereka ialah bahawa mereka sudah terbunuh dan tiada lagi berjalan di atas muka bumi Allah swt ini.
Mengikut Kenyataan Media oleh IGP / KPN seperti di atas, Polis telah menahan TIGA lagi orang bodoh seperti itu.
Semua rakyat Malaysia mesti mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada PDRM atas kecekapan mereka membanteras, mencegah dan menahan bebudak bodoh ISIS ini.
Tetapi Tuan-Tuan cuba bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara kita Malaysia jika geng pengganas Salafi ISIS ini berjaya melancarkan serangan bom terhadap mana-mana sasaran pun dalam negara kita?
Ekonomi Malaysia akan hancur jahanam.
Ringgit Malaysia akan jatuh merudum.
Mungkin sampai RM5.00 bagi setiap Dolar Amerika.
Ketibaan pelancung asing akan menjadi sifar kosong.
Hotel kita pun akan tutup.
MAS (Malaysia Airlines) boleh berbungkus.
Ekonomi negara kita bukan dalam keadaan segar bugar, sihat sah-tayn dan sebegitu.
Ekonomi, politik dan sosial negara kita seperti telur dihujung tanduk.
Tuan-tuan perlu memikirkan perkara ini dengan lebih sedikit.
You must think.
Jangan main-main dengan masa depan negara kita.
Jangan membazirkan waktu dalam khayalan berfoya-foya.
Kita perlu serius memimpin masyarakat dan negara kita.
Kita mesti serius. Jangan main-main.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.