`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, January 30, 2026

218 warga asing ditahan di Cheras

Kesalahan dikesan termasuk tidak mempunyai dokumen sah untuk berada di negara ini dan menyalahgunakan pas lawatan.

Antara warga asing yang diperiksa imigresen dalam operasi di Cheras.
KUALA LUMPUR:
 Seramai 218 warga asing ditahan dalam operasi di Cheras, malam ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Lokman Effendi Ramli, berkata lebih 1,000 individu diperiksa termasuk warga tempatan, sebelum tangkapan ke atas warga asing yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan.

Katanya, antara kesalahan dikesan termasuk tidak mempunyai dokumen sah untuk berada di negara ini dan menyalahgunakan pas lawatan.

“Operasi turut menggunakan dron bagi membantu pengesanan termasuk mengenal pasti individu bersembunyi di atas bumbung.

Lebih 1,000 individu diperiksa termasuk warga tempatan sebelum tangkapan ke atas warga asing yang dipercayai melakukan pelbagai kesalahan.

“Operasi ini dilaksanakan hasil risikan kira-kira dua minggu, selain maklumat aduan yang diterima. Semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata, operasi melibatkan 279 pegawai imigresen dan 10 daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.