Ketua Polis Rompin Sharif Shai Sharif Mondoi berkata penduduk yang berisiko tinggi dipindahkan terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan mereka.

Ketua Polis Rompin Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kejadian runtuhan jambatan yang menghubungkan Kampung Selendang dan Kampung Sungai Mok itu dilaporkan berlaku kira-kira 8 pagi.
Katanya, tiga anggota dari Balai Polis Kuala Rompin kemudiannya digerakkan bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan dan pemindahan mangsa pada kira-kira 2.20 petang tadi.
“Operasi pemindahan melibatkan dua lelaki dewasa, tiga wanita warga emas, seorang ibu mengandung dan seorang kanak-kanak perempuan.
“Mangsa yang berisiko tinggi dipindahkan terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata semua mangsa berusia antara 11 hingga 55 tahun dipindahkan untuk menetap di rumah saudara-mara masing-masing.
“Ibu mengandung yang terlibat juga tidak memerlukan rawatan hospital dan dihantar terus ke rumah saudara di Kampung Tanam, memandangkan tarikh jangkaan bersalin adalah pada 7 Jan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Rompin dalam kenyataan memaklumkan Jalan Kampung Sungai Mok ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula berikutan kejadian runtuhan jambatan itu.
“Penutupan melibatkan laluan di Jambatan No. 1 dan tiada laluan alternatif disediakan. Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda serta arahan yang ditetapkan demi keselamatan,” menurut hantaran itu. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.