`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, November 7, 2017

Dewan Negeri Selangor tolak usul bahas hina keturunan Bugis

Speaker berkata keutamaan perlu diberikan kepada perbahasan Belanjawan Selangor 2018 yang perlu dibahas dan diluluskan dalam tempoh 4 hari.
hannah-yeoh_dns_selangor_new600
SHAH ALAM: Dewan Negeri Selangor hari ini menolak usul tergempar daripada Adun Barisan Nasional (BN) yang mahu membahaskan isu berkaitan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina orang berketurunan Bugis.
BN Selangor mendesak kerajaan negeri supaya melarang Dr Mahathir menggunakan mana-mana premis milik kerajaan Selangor selepas kenyataan itu mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Speaker Hannah Yeoh menolak usul itu bagi memberi keutamaan kepada perbahasan Belanjawan Selangor 2018 yang perlu dibahas dan diluluskan dalam tempoh 4 hari.
“Saya menggunakan Peraturan 17 yang membenarkan usul ini ditolak dalam kamar oleh speaker,” kata Hannah di DNS hari ini.
Dalam usul yang diserahkan kepada speaker semalam, Datuk Shukur Idris (BN-Kuang) mendesak kerajaan Selangor tidak membenarkan pengerusi Pakatan Harapan itu menggunakan mana-mana premis milik kerajaan negeri dan polis tidak mengeluarkan permit ceramah kepada bekas perdana menteri itu.
“Demi menjaga maruah dan kedaulatan Selangor,” kata Shukur dalam usul itu.
Hannah ketika menolak usul itu berkata usul itu tidak perlu disegerakan kerana Dewan Negeri Selangor sedang membahaskan Rang Undang-Undang Pembekalan 2018 semua peringkat.
“Usul tergempar ini akan menganggu tempoh perjalanan aturan urusan mesyuarat yang memerlukan RUU Pembekalan 2018 diluluskan dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut peraturan mesyuarat tetap Dewan Negeri Selangor,” katanya merujuk keada tempoh 4 hari diperuntukkan untuk meluluskan usul tersebut.
Beliau juga berkata Dewan Negeri Selangor menjunjung titah Sultan Selangor, maka Dewan tidak akan mencampuri perkara itu memandangkan siasatan polis masih berjalan.
Beliau juga berkata premis milik kerajaan negeri yang boleh disewakan kepada orang awam tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dan syarat itu dikenakan ke atas semua pihak.
Dr Mahathir di tunjuk perasaan Sayangi Malaysia – Hapuskan Kleptokrasi di Padang Timur di sini 14 Oktober lepas membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai “keturunan lanun bugis”.
Kenyataan itu mengundang bantahan Persatuan Perpaduan Rumpus Bugis Melayu Malaysia, namun bekas perdana menteri menafikan beliau berniat menghina seluruh keturunan Bugis.
Dewan di-Raja Selangor berpandangan siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa jua undang-undang berkaitan wajar diambil terhadap Dr Mahathir kerana kenyataan yang menyentuh bangsa Bugis.
Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan berkata, setelah berbincang dengan para ahli Dewan di-Raja Selangor, memandang serius, murka dan amat kecewa dengan petikan ucapan pengerusi Pakatan Harapan itu yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.