`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, September 29, 2019

LHDN tidak akan lanjut tempoh isytihar cukai sukarela

Pembayar cukai diharap akan menggunakan Program Khas Pengakuan Sukarela kerana tidak ada lanjutan.
BUTTERWORTH: Kementerian Kewangan menasihatkan pembayar cukai yang ingin mengisytihar pendapatan secara sukarela kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) untuk berbuat demikian pada hari terakhir esok, bagi mengelak penalti yang tinggi.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata ini kerana pihaknya tidak akan melanjutkan tempoh program itu.
“Mereka yang laporkan cukai yang mereka lupa lapor atau tidak lapor sama ada sengaja atau tidak, hari esok adalah hari terakhir. Kita harap semua boleh gunakan kesempatan ini kerana tidak ada lanjutan.
“Sungguh pun tak diluluskan kerana proses mungkin akan mengambil masa dua minggu ke satu bulan, asalkan mereka bentangkan pada hari esok pun akan dikira sah laku kerana dilaporkan pada 30 Sept iaitu pada hari terakhir,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya, ‘Drive Safe With Us’ anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di sini, hari ini.
PKPS yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 bertujuan memberi peluang kedua kepada pembayar cukai yang mempunyai masalah pematuhan cukai untuk membuat pembetulan pelaporan cukai mereka dengan menawarkan kadar penalti rendah iaitu hanya 15 peratus bagi fasa kedua program itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.